19 February 2013

Pusat Renang Seberang Jaya dibuka kembali 15 Feb - Lip Chee

SOON Lip Chee (baju puteh) bersama Amir Abdullah menunjukan demontrasi renang oleh seorang 'penyelamat profesional' di kolam utama Pusat Renang Awam Bandar Seberang Jaya.

AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, Kolam Renang Awam Bandar Seberang Jaya dibuka kembali untuk orang ramai bermula pada 15 Februari lepas.

Justeru, beliau menyeru warga Seberang Perai  supaya berlumba-lumba memohon pas tahunan untuk menikmati yuran masuk pada kadar yang lebih rendah ke pusat itu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh memohon pas tahunan pada kadar RM15 dan dikenakan caj masuk serendah RM1.50.

Juvana berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun boleh memohon pas tahunan pada kadar RM25 dan dikenakan caj masuk serendah RM3.00.

Manakala, dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh memohon pas tahunan pada kadar RM30 dan dikenakan caj yang sama dengan ketegori juvana.

Lip Chee bagaimanapun berkata, beliau akan berunding mengenai bayaran memohon pas tahunan serta kadar caj masuk demi memudahan urusan pengguna.

"Saya akan cuba berbincang dengan majlis (mengenai) kadar memohon pas masuk tahunan ini disekalikan dengan yuran masuk ke pusat renang ini supaya lebih mesra pengguna.

"Saya juga akan cuba berbincang supaya tiada caj masuk dikenakan kepada kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa bagi menggalakkan 'polisi keluarga harmoni'," ujar beliau di pusat renang tersebut, Seberang Jaya baru-baru ini.

Juruteknik MPSP, Amir Abdullah dan Musa Din (Penyelia Pusat Renang Awam Bandar Seberang Jaya) turut hadir pada sidang media itu.

Sebelum pada itu, beliau berkata, usaha naik taraf dan baik pulih pusat renang awam itu sepatutnya siap pada 15 Januari lepas.

Namun, katanya, MPSP terpaksa menangguhkan pembukaan pusat tersebut semasa itu disebabkan tiada dua penyelamat sepenuh masa untuk memantau keselamatan pengguna.

"Selagi tiada penyelamat, pusat ini tidak boleh dibuka walaupun kerja-kerja baik pulih siap. Sekarang, semuanya dibuka seperti biasa.

"Penyelenggaraan (pusat renang itu) semuanya di bawah MPSP, bukan lagi diurus oleh swasta supaya perkhidmatan ini boleh berterusan dinikmati oleh orang awam," ujar beliau.

Beliau berkata, pusat renang tersebut sebelum ini beberapa kali ditutup disebabkan pihak pengurusan swasta tidak mahu menanggung kos selenggara.

Pun begitu, katanya, penutupan pusat itu beberapa kali sebenarnya bukan disebabkan pihak pengurusan menanggung kos kerugian.

"Kutipan tahunan kasar bagi tahun 2011 berjumlah RM118,216. Tahun berikutnya (2012), RM161,737. Tak untung, tak rugi. MPSP tak rugi, cukup untuk kos operasi asas," ujar beliau. -END

Mansor seru mahasiswa, pelajar tolak politik perkauman

KEPEMIMPINAN Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) yang disertai oleh pemimpin mahasiswa dan pelajar pra Universiti, termasuk di perantauan bergambar bersama Mansor Othman (baris depan, enam dari kanan) di Hotel Traders, George Town baru-baru ini.
HAMPiR 650 mahasiswa dan pelajar pra-Universiti dirai dalam satu majlis jamuan malam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Keraian itu adalah kesinambungan pada Majlis Jamuan Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bersama Mahasiswa Di Perantauan yang dilangsungkan secara berasingan di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Mansor (gambar) baru-baru ini berkata, mahasiswa wajar memanfaatkan zaman keemasan di kampus bagi mengejar kecemerlangan akademik serta bergiat dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Sungguhpun zaman telah pun berubah, tetapi, mahasiswa seharusnya fokus pada kecemerlangan akademik dan mencipta pergerakan tersendiri untuk membela hak rakyat.

"Timba pengalaman sebanyak yang boleh dengan menyertai program-program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.

"Pada musim cuti semester, baik kampung untuk beri kesedaran kepada rakyat khususnya kepada anak muda untuk mencipta politik baru (iaitu) menolak politik perkauman yang dimainkan oleh parti-parti politik tertentu di negeri ini," ujar beliau di Hotel Traders, di sini.

Program interaksi anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) itu turut dihadiri Jawatankuasa

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil langkah membendung gerakan mahasiswa sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belakangan ini.

Ini kerana, katanya, Kerajaan Negeri percaya bahawa iklim demokrasi dan integriti tulen di Pulau Pinang membantu perkembangan intelektual dan idealisme mahasiswa.

Justeru, beliau berkata, mahasiswa serta muda-mudi sewajarnya menggandakan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada demi menyemarak lagi politi baru di negeri berkenaan.

"Jangan persia-siakan zaman keemasan (mahasiswa) ini. Pastikan setiap detik dalam diri bermakna untuk ilmu dan perjuangan rakyat.

"Saya yakin mahasiswa bersama Kerajaan Negeri untuk mewujudkan poltik baru yang lebih memberi ruang untuk semua pihak berfikir secara kritikal serta menghormati demokrasi tulen di negeri ini," ujar beliau.

Terdahulu, difahamkan, Mansor turut mengadakan beberapa interaksi dua hala bersama-sama mahasiswa luar negara di Medan, Jakarta dan Mesir.

Itu, tidak termasuk jelajah beliau di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak tiga tahun lepas bagi mendekatkan mahasiswa di perantauan dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri cakna dengan perkembangan intelektual mahasiswa. -END

PDC: 6 peratus rumah Jalan S.P.Chelliah RM400,000 tolak fitnah Umno

DARI KANAN: Maimunah Mohd. Sharif, Mansor Othman dan Lim Guan Eng mendengar penjelasan mengenai pelan pembangunan Projek Dewan Bankuet & Sukan Bandar Seberang Jaya daripada Rosli Jaafar (paling kiri).

PERBADANAN Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mendedahan, hanya 6.2 peratus sahaja rumah mampu milik di Jalan S.P.Chelliah berharga  RM400,000 seunit daripada 1,320 jumlah keseluruhan unit rumah yang dibina di lokasi tersebut.

Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar berkata, 94 peratus atau kira-kira 1,238 unit rumah mampu milik berbaki di lokasi berkenaan berharga antara RM72,500 hingga RM300,000.

"(Rumah mampu milik berharga) RM400,000 itu hanya 6.2 peratus saja. Rumah mampu milik RM300,000 keluasan lantainya 900 (kaki persegi), (diikuti) RM200,000 (untuk keluasan lantai) 800 (kaki persegi) dan (rumah kos sederhana rendah, LMC) RM72,500 (untuk keluasan lantai) 700 (kaki persegi).

"Dari 1,320 unit rumah keseluruhan, 770 (LMC) kita (PDC) akan bina, maknanya dekat-dekat 60 peratus unit rumah dengan harga RM72,500," ujar beliau baru-baru ini selepas Majlis Pelancaran Projek Dewan Bankuet & Sukan Bandar Seberang Jaya, Seberang Jaya yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Penjelasan Rosli itu sekaligus menolak tuduhan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri melalui PDC membina rumah mampu milik berharga RM400,000 sahaja di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Prof Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain turut hadir pada majlis anjuran PDC.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunaf Mohd. Sharif serta beberapa Ahli Majlis MPSP seperti Amir Ghazali, Ahmad Tarmizi Abdullah, Md. Jamil Abd. Rahman, Soon Lip Chee dan Ahmad Kaswan Kassim, Mohamad Shaipol Ismail.

Menurut Rosli, harga satu-satu rumah yang dibina di Pulau Pinang sebenarnya berdasarkan aras tanda harga yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Harga rumah di Pulau Pinang ini sebenarnya mengikut aras tanda PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia). Dari aras tanda itu, harga ditentukan dengan mengambil kira lokasi (nilai tanah)," ujar beliau.  

Sebelum pada itu, Guan Eng menasihatkan pembangkang Pulau Pinang supaya menghentikan kenyataan berunsur fitnah ke atas Rosli serta Kerajaan Negeri dengan mengelirukan fakta berhubung isu perumahan mampu milik di negeri berkenaan.

"Kita (Kerajaan Negeri) pun menerima arahan daripada Kerajaan Pusat bahawa harga rumah mampu milik adalah antara RM72,500 hingga RM400,000, dan ini dijalankan oleh Datuk Rosli mengikut apa (aras tanda harga) yang ditetapkan (kementerian).

"Tetapi, saya kesal apabila Datuk Rosli dalam menjalankan tugasnya, datang pula fitnah-fitnah yang mengatakan Kerajaan Negeri membina rumah mampu milik berharga RM400,000 sahaja.

"6 peratus sahaja (rumah mampu milik) berharga RM400,000, bukan 100 peratus rumah yang dibina sama ada di Jalan S.P. Chelliah ini berharga RM400,000.

"Ini tak patut lah. Rumah mampu milik berharga RM400,000 juga dibina oleh Kerajaan Pusat. Kalau membina hanya 6 peratus (rumah mampu milik di Jalan S.P.Chelliah) ini salah, Kerajaan Pusat pun salah lah.

"Apabila Kerajaan Pusat buat (rumah mampu milik berharga RM400,000), dia (pembangkang Pulau Pinang) kata 'betul'. Apabila kita (Kerajaan Negeri) ikut apa yang Kerajaan Pusat buat, dia (pembangkang) kata 'tak betul'," ujar Guan Eng.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, projek pembinaan Dewan Bankuet & Sukan Bandar Seberang Jaya demi menampung kekurangan dewan untuk kegunaan awam warga setempat.

Difahamkan, kawasan pembangunan yang dicadangkan merangkumi 13,040 meter persegi dewan bankuet dan arena sukan.

Di atas 7,300 meter persegi kawasan pembangunan yang sama, sejumlah 560 parkir kereta, 187 parkir motor dan 12 parkir bas boleh dimuatkan dalam satu-satu masa.

Dewan itu boleh menampung 1,000 hadirin atau 100 meja bulat pada satu-satu masa.

Itu, tidak termasuk 30 meja makan dalam satu-satu masa bagi majlis jamuan luar dewan.

Kelengkapan lain, antaranya bilik-bilik pementasan, bilik mesyuarat, bilik AV, gelanggang futsal, badmininton dan bola keranjang.

Guan Eng berkata, dewan tersebut akan menjadi satu lagi usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah kendalian PDC demi keselesaan rakyat rakyat. -END

Saksikan reaksi aneh Menteri Umno di kempen PRU13


Lihat betul-betul gambar di atas. ibu tua ini buat deek saja apabila Menteri Belia dan Sukan beri baju karnival belia.

Tak tahu lah, ibu tua ini marah atau berasa pelik dengan kempen aneh Menteri Umno tuu.

Di PRU13 nanti, mungkin anda pun aan didatangi dengan budaya aneh sebegini. Pastikan anda mempunyai jawapan yang wajar.

Perak : Buat Noheng
Kuala Lumpur : Buat Bodo
Kelantan : Malah Baso
Kedah : Tak Kebuloq baq hang
Melaka : Lahabau!
Terengganu : Dok rok chetong
Selangor : Lu gila isim ke bro?
Perlis : Punkoq hang!
Negeri Sembilan : Buat Bega
Johor : Bio Betik!
Pulau Pinang : Duk buat kemaih, padahai haram tak sempoi!
Pahang : Kodi Sangak mu cap ayam!
Sabah : buyuk bah ko ni , ini kalilah aku sama PR!
Sarawak : Lejuk kamek mok nangga Be-end ya

Misi '20% Royalti Minyak' Husam dekatkan Sarawak, Pakatan?


Kementerian Pertahanan bina lif perumahan tak selamat, isteri askar terbunuh!

SELALU kita dengar lif rosak. Penghuni, khususnya warga emas dan OKU terpaksa naik tangga berbelas tingkat.

Tetapi, jarang kita dengar kabel lif putus.

Tetapi, akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, seorang isteri askar terbunuh disebabkan hal itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih diam.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu lebih berminat main politik, termasuk disebut-sebut mengejar kerusi Menteri Besar Perak.

Nyawa keluarga askar mungkin tak penting. Sebab itu, kediaman mereka dibina tanpa ikut piawaian keselamatan.

Isteri askar yang mati terbunuh salah satu bukti keluarga askar tak penting bagi Umno BN.

Setuju?

Satu lagi aksi mahasiswa mewajibkan Najib tumbang di PRU13 nanti



DEMA wrote:

Latest development on the case of Soh Sook Hwa vs Menteri Pengajian Tinggi

Soh Sook Hwa was a student in USM back in 2004. She had involved herself in the election campaign for a oppositin candidates and as such, was found guilty and fined for violation of Section 15 of the University and University College Act 1971.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus