19 February 2013

Pusat Renang Seberang Jaya dibuka kembali 15 Feb - Lip Chee

SOON Lip Chee (baju puteh) bersama Amir Abdullah menunjukan demontrasi renang oleh seorang 'penyelamat profesional' di kolam utama Pusat Renang Awam Bandar Seberang Jaya.

AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, Kolam Renang Awam Bandar Seberang Jaya dibuka kembali untuk orang ramai bermula pada 15 Februari lepas.

Justeru, beliau menyeru warga Seberang Perai  supaya berlumba-lumba memohon pas tahunan untuk menikmati yuran masuk pada kadar yang lebih rendah ke pusat itu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh memohon pas tahunan pada kadar RM15 dan dikenakan caj masuk serendah RM1.50.

Juvana berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun boleh memohon pas tahunan pada kadar RM25 dan dikenakan caj masuk serendah RM3.00.

Manakala, dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh memohon pas tahunan pada kadar RM30 dan dikenakan caj yang sama dengan ketegori juvana.

Lip Chee bagaimanapun berkata, beliau akan berunding mengenai bayaran memohon pas tahunan serta kadar caj masuk demi memudahan urusan pengguna.

"Saya akan cuba berbincang dengan majlis (mengenai) kadar memohon pas masuk tahunan ini disekalikan dengan yuran masuk ke pusat renang ini supaya lebih mesra pengguna.

"Saya juga akan cuba berbincang supaya tiada caj masuk dikenakan kepada kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa bagi menggalakkan 'polisi keluarga harmoni'," ujar beliau di pusat renang tersebut, Seberang Jaya baru-baru ini.

Juruteknik MPSP, Amir Abdullah dan Musa Din (Penyelia Pusat Renang Awam Bandar Seberang Jaya) turut hadir pada sidang media itu.

Sebelum pada itu, beliau berkata, usaha naik taraf dan baik pulih pusat renang awam itu sepatutnya siap pada 15 Januari lepas.

Namun, katanya, MPSP terpaksa menangguhkan pembukaan pusat tersebut semasa itu disebabkan tiada dua penyelamat sepenuh masa untuk memantau keselamatan pengguna.

"Selagi tiada penyelamat, pusat ini tidak boleh dibuka walaupun kerja-kerja baik pulih siap. Sekarang, semuanya dibuka seperti biasa.

"Penyelenggaraan (pusat renang itu) semuanya di bawah MPSP, bukan lagi diurus oleh swasta supaya perkhidmatan ini boleh berterusan dinikmati oleh orang awam," ujar beliau.

Beliau berkata, pusat renang tersebut sebelum ini beberapa kali ditutup disebabkan pihak pengurusan swasta tidak mahu menanggung kos selenggara.

Pun begitu, katanya, penutupan pusat itu beberapa kali sebenarnya bukan disebabkan pihak pengurusan menanggung kos kerugian.

"Kutipan tahunan kasar bagi tahun 2011 berjumlah RM118,216. Tahun berikutnya (2012), RM161,737. Tak untung, tak rugi. MPSP tak rugi, cukup untuk kos operasi asas," ujar beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus