Justeru, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berharap penyokongnya tidak tergesa-gesa, tetapi, bersedia untuk terus mempertahan legasinya di Kedah kelak.
“Kenapa harus saya umumkan lebih awal. Biar ia jadi kejutan,” ujar Azizan dipetik dari KedahLanie.
Beliau berkata, pihaknya akan mengumumkan senarai calon itu selepas dimuktamadkan serta direstui PAS Pusat.
Malah katanya, beliau lebih selesa merahsiakan senarai calon parti berbanding strategi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon PKR lebih awal seperti sekarang.
Pilihan raya umum lepas menyaksikan PAS menguasai 16 kerusi DUN, diikuti PKR (lima) dan DAP (satu).
Manakala, Barisan Nasional menguasai 14 kerusi DUN, tidak termasuk dua bekas ADUN PKR masing-masing mengumumkan diri sebagai wakil rakyat BEBAS.
Mampukan strategi terbaru Azizan ini mengubat keyakinan pengundi untuk terus mempertahan kepemimpinan PAS di Kedah semasa pilihan raya umum nanti.