14 April 2016

Isu dua Exco dilarang masuk ke Sarawak sempena PRN dapat kecaman Guan Eng

KETUA Menteri (depan, berbaju putih) meramahi beberapa warga emas yang mengunjungi uil Arulmigu Sri Ruthra Veeramuthu Mariamman Devasthanam di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AIR ITAM - Dua Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin disenaraihitamkan serta dilarang masuk ke Sarawak menjelang Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 25 April.

Sambil mengecam tindakan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem supaya bersikap lebih adil dan demokratik kepada ahli politik tanah air.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa.. Ini sesuatu yang tidak adil...saya nak kecam tindakan sedemikian.

"Jangan larang pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia dari datang ke Sarawak, sebelum (PRN Sarawak) tiada masalah untuk kita datang," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita pada 10 Mac lalu.

Beliau berkata demikian selepas menyertai pra upacara meranduk api serta menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada wakil Kuil Arulmigu Sri Ruthra Veeramuthu Mariamman Devasthanam di sini.

Hadir sama, ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai dan A.Thanashekaran (ADUN Bagan Dalam).

Terdahulu, Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen Sarawak ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 13 April lalu.

Manakala, Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung ditahan 10 April.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah dilarang ke bumi kenyalang itu.

Mereka, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan) dan Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara), Clare-Rewcastle Brown (Editor portal berita atas talian Sarawak Report) juga berada dalam senarai itu.

Segerakan pembenihan awan hadapi El Nino di empat negeri, Guan Eng pula gesa Pusat

KETUA Menteri menunjukkan muka hadapan akhbar China Press, pada sidang media di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Pusat melakukan pembenihan awan di sekitar Utara Semenanjung Malaysia berikutan fenomena El Nino, kerana bimbang dengan keadaan terbaru paras air di Empangan Beris dekat Kedah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan berita yang disiarkan pada muka depan akhbar China Press hari ini.

"(Sumber air di) Empangan Beris (dekat) Sungai Muda, saya difahamkan boleh bertahan satu bulan mulai hari ini, (sumber air empangan) di Pulau Pinang boleh bertahan dua bulan.

"Ini akan menjejaskan bukan sahaja seluruh negeri Kedah dan Perlis, tetapi tentu juga Pulau Pinang.

"Sunggupun empangan kita boleh bertahan selama dua bulan, tetapi tanpa air dari sumber Sungai Muda, Pulau Pinang pun akan turut terjejas.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya El Nino, dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin meminta Kerajaan Pusat menjalankan pembenihan awan secara besar-besaran kerana sekarang kita (Utara Semenanjung Malaysia) masih ada awan," jelas Guan Eng kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, pembenihan awan akan memberi manfaat kepada kira-kira 4 juta rakyat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Terdahulu, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menggesa Kerajaan Pusat mengambil sikap proaktif, pelaksanaan pembenihan awan ini membabitkan Pihak Berkuasa Negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Jawatankuasa Pengairan Negeri membabitkan beberapa agensi kerajaan, di Rumah Pam Air Pinang Tunggal di sini baru-baru ini.

Hadir sama, dua Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK), Ustaz Muhasdey Muhamad (Pinang Tunggal) dan Asrol Sani Abdul Razak (Bertam).

Pada perkembangan sama, Afif memberitahu, sehingga kini, JPS membekalkan air ke 1,546 hektar daripada keseluruhan 8,500 hektar petak sawah padi di Seberang Perai Utara (SPU), sungguppun di sini dikenali sebagai 'daerah kritikal' sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bekalan air ke kawasan sawah di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) adalah mencukupi, dari sumber Sungai Kerian, Perak.

“Pun begitu, masih ada beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) tidak menerima bekalan air, dan keadaan di sana bergantung pada paras air Sungai Kulim.

“Di Daerah Barat Daya pula, hampir 50 peratus kawasan sawah telahpun dibekalkan air dan tinggal tiga plot sawah masih belum dibekalkan air, kerana hanya bergantung pada sumber air hujan dan Sungai Titi Teras dekat Balik Pulau,'' jelasnya.

Dengan perkembangan terbaru berkenaan, Afif menyatakan bahawa pihaknya yakin JPS mampu membekalkan air ke semua kawasan sawah padi sepanjang musim kemarau El Nino sehingga bulan Mei ini berdasarkan pada taburan hujan dan paras air sungai yang direkodkan sebelum ini.

"Untuk musim ini, kita ada sehingga Mei, dan kita mengharapkan dapat membekalkan (air) ke semua (kawasan petang sawah).

"Mereka (pesawah dan petani) sedia maklum dengan keadaan El Nino dengan kemarau yang dihadapi sekarang dan mereka juga faham dengan stretegi-strategi yang kita susun di peringkat zon dan negeri," ujar beliau.

Tindakan LHDN tidak adil kepada rakyat, patut kutip cukai drpd 1MDB dulu, tegas Guan Eng

KETUA Menteri menunjukkan muka depan akhbar Sin Chew Daily, pada sidang media di sini pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepatutnya mengutip cukai berwajib daripada syarikat pelaburan di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terlebih dahulu, sebelum 'mengancam' untuk pergi dari satu pintu ke satu pintu rumah rakyat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa mengulas mengenai rancangan agensi persekutuan tersebut, yang dilaporkan pada muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini.

"Mengapa nak cari orang kecil, orang biasa dan peniaga biasa, carilah korporat dan syarikat besar-besar macam 1MDB yang sehingga sekarang tak bayar cukai.

"Saya harap LHDN boleh buat 'ancaman' ini kepada 1MDB," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow turut sertai sidang media itu.

Guan Eng berkata hutang 1MDB kini mencecah RM50 bilion.

Guan Eng harap ada 'jodoh' debat dengan Rahman Dahlan 19 April

KETUA Menteri (gambar) pada sidang media bersama-sama Chow Kon Yeow di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap debatnya dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu penjualan 1.1 ekar tanah dekat Taman Manggis di sini pada 19 April ini akan menjadi kenyataan.

"Sungguhpun saya beri tarik pada 16 April demi memastikan perbahasan ini boleh berjalan, saya telah berkompromo.

"Saya ingin melahirkan harapan bahawa beliau (Abdul Rahman) tidak lagi elak dan lari daripada perbahasan pada 19 April, sepertimana yang ditetapkan.

"Saya harap ada 'jodoh' untuk bertemu dengannya (Abdul Rahman)," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow. 

Difahamkan, debat berkaitan tuduhan Menteri berkenaan kononnya wujud 'salah laku' dalam penjualan tanah Taman Manggis kepada KLIDC.

Memo Guan Eng berkaitan Pelan Kebenaran Merancang sesudah tender terbuka tanah Taman Manggis kepada KLIDC, Kon Yeow respon Malaysia Today

CHOW Kon Yeow (kanan) pada sidang media bersama-sama Lim Guan Eng di sini pada pagi tadi antara lain mendedahkan mengenai salinan dokumen Memo Ketua Menteri berkaitan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang ditawarkan sesudah KLIDC memiliki 'tanah awam' berseblahan Taman Manggis, 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Laporan atas talian Malaysia Today dan beberapa akhbar lain mengaitkan suatu memo Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dengan unsur campur tangan dalam proses penjualan tanah awam kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) adalah tidak berasas.

Mengulas lanjut, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, ternyata memo tersebut adalah berkaitan dengan permohonan Pelan Kebenaran Merancang, dan bukan mengenai proses jual beli tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis.

"Perkara yang dinyatakan dalam memo ini adalah berhubung dengan permohonan (Pelan) Kebenaran Merancang).

"Memo ini tiada kaitan dengan tender untuk penjualan tanah, yang sebenarnya sudah berlaku sebelum ini.

"Oleh kerana KLIDC mendapat milikan tanah, barulah dia berhak untuk memohon Pelan Kebenaran Merancang," jelas Kon Yeow pada sidang media bersama-sama Guan Eng di sini, pagi tadi.

Justeru, Kon Yeow berkata, artikel bertajuk 'Leaked Internal State Memo Proves LGE Personally Intervened In KLIDC Land Approvals' adalah mengelirukan pembaca portal berita berkenaan, http://www.malaysia-today.net.


(Fiqh) Benarkah dakyah Mufti kononnya Islam larang menjatuhkan pemimpin Islam semacam Najib Razak?



Fiqh Keamanan (فقه المؤامنة):
RASULULLAH S.A.W SURUH UMMAH BANTU PEMIMPIN ZALIM?

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ - رواه البخاري.

Maksudnya:
Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya. (Riwayat Bukhari)

ULASAN:

1. Dalil

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَة

Maksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah: 193]

2. Istidlal

Peperangan merupakan salah satu kaedah menghilangkan fitnah, bukanlah satu-satunya kaedah untuk menghilangkan kezaliman dalam pemerintahan. Ini, dalam kerangka pensyari'atan (التشريع)

Dalam konteks Malaysia, jalan peperangan boleh melahirkan fitnah baharu, seperti Islam akan dilihat sebagai agama teroris dll, maka diharuskan mengambil pendekatan saingan secara aman (المواجهة السلمية) dengan menyertai sistem demokrasi berpilihan raya, perdebatan, Facebook dan sebagainya demi menghilang fitnah kezaliman pemerintah ini. Ini, dalam kerangka pelaksanaan syariat (تقنين التشريع atau التنفيذ)

Kalau jalan peperangan untuk menjatuhkan kepemimpinan zalim pun dibenarkan syarak, menjatuhkan pemimpin BN melalui jalan keamanan seperti pilihan raya, debat, menghasut rakyat menerusi Facebook dll lebih-lebih lagilah dibenarkan dalam Islam. 

Wallahu 'alam.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus