Skip to main content

Tindakan LHDN tidak adil kepada rakyat, patut kutip cukai drpd 1MDB dulu, tegas Guan Eng

KETUA Menteri menunjukkan muka depan akhbar Sin Chew Daily, pada sidang media di sini pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepatutnya mengutip cukai berwajib daripada syarikat pelaburan di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terlebih dahulu, sebelum 'mengancam' untuk pergi dari satu pintu ke satu pintu rumah rakyat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa mengulas mengenai rancangan agensi persekutuan tersebut, yang dilaporkan pada muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini.

"Mengapa nak cari orang kecil, orang biasa dan peniaga biasa, carilah korporat dan syarikat besar-besar macam 1MDB yang sehingga sekarang tak bayar cukai.

"Saya harap LHDN boleh buat 'ancaman' ini kepada 1MDB," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow turut sertai sidang media itu.

Guan Eng berkata hutang 1MDB kini mencecah RM50 bilion.