11 August 2014

Guan Eng persoal wibawa MIDA rekod FDI P.Pinang

LIM Guan Eng (tengah) mengulas mengenai MIDA, sambil disertai oleh Mohd Rashid Hasnin (kanan) dan Loo Lee Lian (kiri) pada satu sidang media di sini, pagi tadi | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lembaga Pelaburan Perindustrian Malaysia (MIDA) sepatutnya merekodkan kesemua pelaburan langsung asing (FDI) ke Pulau Pinang bagi tahun ini, bukan sektor pengilangan sahaja yang berjumlah RM2.34 bilion.

Menurut Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, beliau pada dua hari lepas turut mengumumkan pelaburan RM1.05 bilion daripada Seagate ke negeri ini, tetapi angka itu turut tidak direkod oleh agensi persekutuan berkenaan.

“Sebagai contoh, saya sendiri telahpun umum pelaburan Seagate dua hari lepas, tetapi, pelaburan ini tidak juga direkodkan (pelaburan dalam) sektor pengilangan.

“Tiada lagi beribu-ribu peluang pekerjaan apabila Seagate meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 2002, tetapi, kembali melabur di negeri ini selepas 12 tahun,” ujar Guan Eng kepada wartawan pada pagi tadi, di sini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Loo Lee Lian (Pengurus Besar InvestPenang) turut menyertai sidang media tersebut.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri pad atahun ini turut mengumumkan pelaksanaan Hub Teknologi Maklumat Penyumberan Luar Proses Perniagaan (IT-BPO) dekat Bayan Lepas dan Penang International Technology Park (PITP) dekat Batu Kawan yang kedua-duanya bernilai pelaburan RM11.3 bilion, tetapi, angka itu langsung tidak direkodkan secara rasmi oleh MIDA.

Itu, katanya lagi, tidak termasuk pembinaan enam hotel baru di negeri ini, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM693 juta.

“Tiga hingga empat projek baru di negeri ini diumumkan dalam tahun ini, (tetapi) tidak juga direkodkan dalam angka pelaburan (rasmi) MIDA...saya pun tak tahu bagaimana MIDA kira (rekod),” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Guan Eng berkata, sekiranya sektor gas dan minyak boleh direkodkan sebagai FDI Sarawak, sepatutnya MIDA tidak merekodkan sektor pengilangan sahaja sebagai pelaburan di Pulau Pinang.

Tambahnya, pendekatan perkongsian perkhidmatan penyumberan luar (SSO) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam tempoh dua tahun ini berjaya meningkatkan peluang pekerjaan mahir serta pendapatan berprestasi tinggi, melalui pelaburan industri Wilma, CitiGroup, Air Asia, IHS, First Solar Globals Service serta TOLL ke negeri ini.

Sehingga Mei tahun ini, MIDA merekodkan FDI Pulau Pinang berjumlah RM2.34 bilion, iaitu peningkatan berbanding RM1.8 belion  yang diperoleh pada tahun lepas.

Punca Yahudi sesat kerana anggap pendapat syura mereka mutlaq

Rahib Yahudi tenggelam dalam kesesatan agama disebabkan taasub dekat Tok-Tok Guru mereka.

PENDAHULUAN
Mutlaq bermaksud lafaz yang datang dalam bentuk umum, tanpa mempunyai sebarang keterbatasan atau had tertentu (taqyiid).

Ia merujuk kepada sesuatu maksud tertentu yang telah dimaklumi. Biasanya, lafaz ini didatangkan dalam bentuk nakirah.

Muqayyad pula merujuk kepada lafaz yang memberikan maksud yang tidak tertentu, tetapi diikuti dengan lafaz yang mengikat dan membataskannya.

Justeru, ia memberikan maksud yang lebih spesifik, tertentu dan terikat.

Perbahasan mengenai mutlaq dan muqayyad ini dibahaskan dalam aliran fiqh al-Islami yang sederhana (wathathi) seperti Malikiah, Syafi'iyyah, Hanafiah dan Hanabilah.

Aliran fiqh Zahiri (baca: berpegang dengan tektual zahir nas atau mereka yang menolak aplikasi usul fiqh dalam melaksanakan kewajipan nas) atau neo-Muktazilah (baca: menggunakan akal secara liberal tanpa diingat pada nas yang qat’iyyatun thubut) umumnya menolak bab mutlaq dan muqayyad.

AL-WALA’ (KESETIAAN) & AL-BARRA’ (PENGINGKARAN)
Al-Wala’ kepada Allah dan Rasul-Nya bersifat mutlaq. Pun begitu, al-wala’ kepada ulil amri (pemimpin) itu adalah bersifat muqayyad.

Firman Allah yang bermaksud yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu...” [Surah An-Nisa’: 59]

Sebab itu, mereka yang menerima disiplin mutlaq dan muqayyad, sudah tentu boleh menerima konsep al-barra’ apabila membicarakan soal al-wala’ sama ada dalam konteks kenegaran, jamaah Islamiyyah hatta kekeluargaan.

Muqayyad : al-Wala’ pada pemimpin yang adil dan al-barra’ pada pemimpin yang zalim

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman...” [Surah An-Nahl: 90]

“Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Surah al-Maidah: 42]

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah...” [Surah Hud: 113]

JAUHI AL-WALA' CARA YAHUDI
Punca Yahudi sesat dari hidayah Allah antaranya kerana memberikan kesetiaan (al-wala’) kepada pemimpin serta agamawan mereka secara mutlak sedangkan al-wala’ secara mutlak hanya kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja.

'Uruf Al-Quran mendedahkan mereka memberi al-wala’ kepada para pemimpin serta agamawan mereka secara mutlak walaupun dalam perkara kezaliman, kebodohan, kefasikan, pembohongan dan kejahilan.

“Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudia mereka mendakwa 'ini daripada sisi Allah'. Tujuan mereka adalah untuk membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka tuliskan dengan tangan-tangan mereka, dan kecelakaan terhadap mereka dengan apa yang mereka usahakan” [Surah Al-Baqarah : 79]

“Mereka yang diberikan al-Kitab (Taurat), mereka mengenali (nabi Muhammad) sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. dan sesungguhnya satu puak daripada kalangan mereka menyembunyikan kebenaran dalam keadaan mereka mengetahui" [Surah Al-Baqarah : 146]

“Mereka tertipu dalam agama mereka sendiri, dengan apa yang mereka reka-ciptakan” [Surah Al-Imran : 24]

“...mereka (Yahudi dan Nasrani) mengambil orang-orang alim dan para rahib mereka syirik selain dari Allah...” [Surah At-Taubah : 31]

Dalam menafsirkan ayat al-Quran ini, didatangkan satu hadis daripada seorang Kristian bernama Adi bin Hatim bahawa dia berjumpa dengan Nabi SAW dalam keadaan tengkoknya tergantung salib daripada emas.

Adi berkata kepada Nabi, “mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak pernah menyembah orang-orang alim dan para rahib mereka...”

Nabi SAW menjawab yang bermaksud, “mereka (pengikut) mentaati mereka (orang-orang alim dan para rahib) dengan apa yang mereka disuruh, daripada mengharamkan perkara halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka itu, sembahan mereka terhadap orang-orang alim dan para rahib mereka...” - (rujuk Musannaf Ibni Abi Syaibah : 8/220)

PERBEZAAN PENDAPAT DALAM FIQH BUKAN PENGINKARAN (AL-BARRA')
Disiplin fiqh al-Islami membenarkan perbezaan pendapat dalam kepelbagaian (al-ikhtilaf at-tanawu’i) kerana proses memahami dan melaksanakan kewajipan nas itu adalah bersifat zdonni serta mempunyai pemahaman yang pelbagai.

Contoh 1:
Perbezaan pendapat pada satu nas syara’ Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Barangsiapa berpuasa ramadhan, kemudian diikuti 6 hari dalam bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setiap masa” [riwayat Muslim: 1984]

Mazhab Syafi’iyyah berbendapat bahawa “Puasa 6” di bulan Syawal adalah sunat kerana sabit dengan nas yang sahih lagi soreh seperti di atas.

Pun begitu, mazhab Malikiah berpendapat bahawa hukumnya makruh.

Tidak dinafikan, hadis ini adalah hadis soheh, tetapi, Imam Malik tidak beramal dengan maksud hadis ini dengan beberapa alasan, antaranya adalah:

A. Imam Malik tidak melihat bahawa para ilmuan (ahl Al-Ilm) di Madinah berpuasa enam hari dalam bulan syawal.

Bahkan, tidak terdapat satu salaf pun yang menunaikan puasa enam itu.

B. Maksud hadis ini menyalahi dengan salah satu daripada konsep Maqasid Syariah, iaitu menutup segala ruang yang boleh membawa kepada bidaah. Iaitu, dalam Islam, adalah satu perkara haram bahawa berpuasa pada 1 syawal.

Justeru, dalam hadis puasa enam ini, tidak dinyatakan tentang larangan pada 1 syawal larangan berpuasa, bahkan dinyatakan bahawa boleh berpuasa 6 selepas bulan ramadhan.

Ekoran itu, penggunaan kalimah ”diikuti” dalam hadis, dibimbangi ditafsirkan bahawa 1 syawal juga boleh berpuasa sunat, menyebabkan Imam Malik meletakkannya sebagai ”menutup segala ruang yang boleh membawa kepada bidaah.”

Bagi Imam Malik, apabila bertembung antara maksud dalam sesuatu hadis ahad dengan maqasid Syariah, maka hendaklah didahulukan maqasid Syariah.

Makanya, hukum berpuasa enam disisi Imam Malik adalah makruh. [rujuk Dr Nu’man Jughaim, Turuq Al-Kasyf 'An Maqasid As-Syari' : 57]

Contoh 2:
Perbezaan pendapat fiqh dalam proses perlaksanaan (tanfiz) pada satu-satu kewajipan syara’ (tasyri’) Mengenai iltizam politik Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebelum ini yang mahu melaksanakan Hudud di Kelantan sekarang, wujud perbezaan pendapat dan persetujuan pendapat.

Persetujuan: Semua kita menyokong bahawa cita-cita hudud wajib dilaksanakan dalam konteks Malaysia. Tidak ada siapa mempertikaikan hal tasyri’ itu.

Perbezaan: Ada yang menyokong Tok Guru kerana al-wala’. Dan ada yang berbeza pendapat kerana melihat dari segi tanfiz yang sebenarnya diakui di sisi syara’.

Saya telah menjelaskan perbezaan ini ketika membincarakan soal la-hukmu ala al-fauri dan al-hukmu ‘ala at-tarakhi di Malaysiakini sebelum ini menggunakan nama pena "Dzulfikar Mashoor". http://malaysiakini.com/letters/178278

Bagaimana kita boleh beranggapan bahawa mereka yang tidak sependapat dengan pendapat pemimpin jamaah Islamiyyah sebagai tidak wala’; sedangkan pada masa yang sama kita boleh menerima perbezaan pendapat dalam soal fiqh?

Sebab itu juga, saya menulis Takkan keputusan Syura Ulamak mutlak juga, tanya Paderi 

Mesyuarat Pusat pun masih tangguh.

Tiada ketetapan yang jelas daripada Lajnah Politik PAS sendiri, sungguhpun sudah ada konsesus dibuat dalam Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

Saya malas lah nak tanya, buat UG dulu, jumpa dalam gelap Ku Li itu ada minit mesyuarat MSU ka tidak?

Tiba-tiba nak rujuk Khalid Samad dan Hanipa Maidin ke lembaga disiplin atas dalih pertikai keputusan syura?

Berdasarkan dua contoh di atas, saya ada nasihat untuk diri saya dan Geng Bas Sekolah.
Jangan ta’assub kepada mana-mana pemimpin. Hayatilah fiqh al-Islami.

Jangan ajar ahli PAS sebagaimana pemimpin serta agamawan Yahudi mengajar pengikut mereka.

KESIMPULAN
1. Al-Wala’ kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja adalah bersifat mutlaq. Al-Wala’ kepada ulil amri adalah bersifat muqayyad.

2. Wajib memberi kesetiaan (al-Wala’) kepada ulil amri termasuk pemimpin jamaah Islam selagi mana pemimpin itu memberi al-wala’ kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wajib memberi pengingkaran (al-Barra’) kepada pemimpin yang melakukan kezaliman, kebodohan, kefasikan, pembohongan dan kejahilan.

3. Jangan ta’assub pada pemimpin kerana punca Yahudi sesat adalah kerana ta’assub atau al-wala’ secara membabi buta kepada pemimpin serta agamawan mereka.

4. Perbezaan pendapat dalam soal fiqh al-Islami bukanlah simbol seseorang itu tidak al-wala’ kepada pemimpinnya.

"KITA BERSETUJU UNTUK BERBEZA PENDAPAT"

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis Pulau Pinang

Takkan keputusan Majlis Syura Ulamak mutlak juga, tanya Paderi


Kalau keputusan MSU pun tak boleh dipertikai, patut gambar eksklusif seorang anggota syura bertemu Menteri Umno dan Pro UG pun tak boleh pertikai - Fatwa Geng Bas Sekolah

PADANLAH ada seorang Paderi di gereja Butterworth kelmarin bertanya saya, takkan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) bersifat mutlak sampai tidak boleh dikritik?

Mungkin sebab berita di bawah ini kot:

_________
Ribuan Hadirin Bangun Menunjukkan Sokongan!

09/08/2014

MARANG – Selain Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Samad juga mungkin terpaksa menghadapi tindakan Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran tindakannya mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulamak.

Pemangku Timbalan Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata Khalid sepatutnya menghormati keputusan tersebut dan tidak memperlekehkannya.

“Khalid adalah ahli PAS melepasi batasan dengan Pakatan (Rakyat) dan sepatutnya (beliau) menuruti pendapat parti bukannya soal siasat (mempertikaikan),

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura itu (kata) sepakat dan tidak dibuat berdasarkan pendapat hanya seorang pemimpin.

“Khalid sebagai individu mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapatnya tetapi sebagai ahli parti beliau perlu menghormati pendapat pemimpin-pemimpin parti,” katanya dipetik sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Manakala aduan terhadap kenyataan Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang telah dihantar oleh Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, ucapan Hanipa berkait kemelut politik Selangor dalam satu program pada 5hb Ogos memberi kesan kepercayaan ahli terhadap Presiden PAS

“tidak sewajarnya seorang AJK PAS Pusat membuat kritikan terbuka dan rakaman video tersiar di media sosial secara meluas.

“Demi menjaga kelangsungan wala’ dan keharmonian Parti PAS dalam hadapi pelbagai mehnah, desakan PAS Kawasan Dungun sewajarnya diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa Disiplin Parti,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat 8 Ogos.

Sementara itu, lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan utama PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam majlis himpunan solidariti ‘Untukmu Gaza’ di masjid Rusila pada Jumaat malam, ribuan hadirin bangun meneguhkan sokongan kepada presiden PAS.

Para peserta pelbagai peringkat menyahut seruan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang meminta hadirin bangun menunjukkan bukti dihadapan majlis yang turut disertai Ustaz Abdul Hadi.

Sebelum itu, ribuan Jemaah yang menunaikan solat hajat mengaminkan doa imam, agar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru terus diberi kekuatan oleh Allah untuk memimpin PAS dan dapat mengharungi segala dugaan dan ujian.

Buruk PAS bersendirian di PRU14, respons Husam Musa

GENG Bas Sekolah mungkin percaya bahawa kerjasama dengan Umno atau sendirian di PRU14 itu adalah lebih baik.

Pemangku Ketua Ulamak PAS Pusat Datuk Ahmad Yaakub cakap PAS rela sendirian pun mungkin kerana Menteri Besar Kelantan itu masih hidup makan gaji sebagai Cikgu Sekolah di Selatan Semenanjung Malaysia lagi, semasa PAS hidup susah pada era bersendirian.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah mula menjadi Tok Wakil pun, pada era 'PAS Senang'

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang pernah hidup dalam kedua-dua zaman di Kelantan (era tahalluf siyasi dan era bersendirian) sendiri, beliau menganggap muafakat PAS bersama PR lebih merugikan Umno dulu.

Inilah ucapan bekas Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, yang dikenal pasti viral di media sosial:

______
"Saya masuk PAS ketika PAS sendirian, keluar daripada BN. Saya muda masa tu, lihat seolah PAS takde masa depan.

"Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.

"Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut: al-Mustaqbal fi hadza deen (masa depan hanyalah untuk Islam).

"Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR lebih baik saya tak tahu la.

"Saya dah berumur, tak de masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.

"Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.

"Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik".

"Jika kita ikut UMNO kita umpama gerabak pd umno bukan lokomotifnya.

"Sampai bila kita takkan dapat memintas UMNO sebab kita 1 landasan.

"Tapi dalam PR, landasan kita parallel sebab kita punya landasan berbeza sebab persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.
"Kalau baik PAS, maka PAS akan lead, jika PKR yang baik maka ia akan lead.

"Kita perlu yakin bahawa politik Melayu akan berlaku rekonstruksi..."

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus