Skip to main content

Takkan keputusan Majlis Syura Ulamak mutlak juga, tanya Paderi


Kalau keputusan MSU pun tak boleh dipertikai, patut gambar eksklusif seorang anggota syura bertemu Menteri Umno dan Pro UG pun tak boleh pertikai - Fatwa Geng Bas Sekolah

PADANLAH ada seorang Paderi di gereja Butterworth kelmarin bertanya saya, takkan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) bersifat mutlak sampai tidak boleh dikritik?

Mungkin sebab berita di bawah ini kot:

_________
Ribuan Hadirin Bangun Menunjukkan Sokongan!

09/08/2014

MARANG – Selain Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Samad juga mungkin terpaksa menghadapi tindakan Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran tindakannya mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulamak.

Pemangku Timbalan Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata Khalid sepatutnya menghormati keputusan tersebut dan tidak memperlekehkannya.

“Khalid adalah ahli PAS melepasi batasan dengan Pakatan (Rakyat) dan sepatutnya (beliau) menuruti pendapat parti bukannya soal siasat (mempertikaikan),

“Keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura itu (kata) sepakat dan tidak dibuat berdasarkan pendapat hanya seorang pemimpin.

“Khalid sebagai individu mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapatnya tetapi sebagai ahli parti beliau perlu menghormati pendapat pemimpin-pemimpin parti,” katanya dipetik sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Manakala aduan terhadap kenyataan Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang telah dihantar oleh Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, ucapan Hanipa berkait kemelut politik Selangor dalam satu program pada 5hb Ogos memberi kesan kepercayaan ahli terhadap Presiden PAS

“tidak sewajarnya seorang AJK PAS Pusat membuat kritikan terbuka dan rakaman video tersiar di media sosial secara meluas.

“Demi menjaga kelangsungan wala’ dan keharmonian Parti PAS dalam hadapi pelbagai mehnah, desakan PAS Kawasan Dungun sewajarnya diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa Disiplin Parti,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat 8 Ogos.

Sementara itu, lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan utama PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam majlis himpunan solidariti ‘Untukmu Gaza’ di masjid Rusila pada Jumaat malam, ribuan hadirin bangun meneguhkan sokongan kepada presiden PAS.

Para peserta pelbagai peringkat menyahut seruan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat yang meminta hadirin bangun menunjukkan bukti dihadapan majlis yang turut disertai Ustaz Abdul Hadi.

Sebelum itu, ribuan Jemaah yang menunaikan solat hajat mengaminkan doa imam, agar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru terus diberi kekuatan oleh Allah untuk memimpin PAS dan dapat mengharungi segala dugaan dan ujian.