11 August 2014

Guan Eng persoal wibawa MIDA rekod FDI P.Pinang

LIM Guan Eng (tengah) mengulas mengenai MIDA, sambil disertai oleh Mohd Rashid Hasnin (kanan) dan Loo Lee Lian (kiri) pada satu sidang media di sini, pagi tadi | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lembaga Pelaburan Perindustrian Malaysia (MIDA) sepatutnya merekodkan kesemua pelaburan langsung asing (FDI) ke Pulau Pinang bagi tahun ini, bukan sektor pengilangan sahaja yang berjumlah RM2.34 bilion.

Menurut Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, beliau pada dua hari lepas turut mengumumkan pelaburan RM1.05 bilion daripada Seagate ke negeri ini, tetapi angka itu turut tidak direkod oleh agensi persekutuan berkenaan.

“Sebagai contoh, saya sendiri telahpun umum pelaburan Seagate dua hari lepas, tetapi, pelaburan ini tidak juga direkodkan (pelaburan dalam) sektor pengilangan.

“Tiada lagi beribu-ribu peluang pekerjaan apabila Seagate meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 2002, tetapi, kembali melabur di negeri ini selepas 12 tahun,” ujar Guan Eng kepada wartawan pada pagi tadi, di sini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Loo Lee Lian (Pengurus Besar InvestPenang) turut menyertai sidang media tersebut.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri pad atahun ini turut mengumumkan pelaksanaan Hub Teknologi Maklumat Penyumberan Luar Proses Perniagaan (IT-BPO) dekat Bayan Lepas dan Penang International Technology Park (PITP) dekat Batu Kawan yang kedua-duanya bernilai pelaburan RM11.3 bilion, tetapi, angka itu langsung tidak direkodkan secara rasmi oleh MIDA.

Itu, katanya lagi, tidak termasuk pembinaan enam hotel baru di negeri ini, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM693 juta.

“Tiga hingga empat projek baru di negeri ini diumumkan dalam tahun ini, (tetapi) tidak juga direkodkan dalam angka pelaburan (rasmi) MIDA...saya pun tak tahu bagaimana MIDA kira (rekod),” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Guan Eng berkata, sekiranya sektor gas dan minyak boleh direkodkan sebagai FDI Sarawak, sepatutnya MIDA tidak merekodkan sektor pengilangan sahaja sebagai pelaburan di Pulau Pinang.

Tambahnya, pendekatan perkongsian perkhidmatan penyumberan luar (SSO) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam tempoh dua tahun ini berjaya meningkatkan peluang pekerjaan mahir serta pendapatan berprestasi tinggi, melalui pelaburan industri Wilma, CitiGroup, Air Asia, IHS, First Solar Globals Service serta TOLL ke negeri ini.

Sehingga Mei tahun ini, MIDA merekodkan FDI Pulau Pinang berjumlah RM2.34 bilion, iaitu peningkatan berbanding RM1.8 belion  yang diperoleh pada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus