17 August 2013

Isu Ritual: P.Pinang, Johor tidak sama - Exco Agama

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, binaan sementara di atas sebidang tanah wakaf dekat Kepala Batas baru-baru ini diturunkan serta-merta sejurus selesai perayaan 'Hantu Lapar' yang membabitkan komuniti Cina.

Justeru, katanya, insiden di Pulau Pinang tidak wajar disamakan dengan insiden di Johor yang menyaksikan sebuah surau resort dijadikan tempat upacara ritual keagamaan bukan Islam.

"Hasil siasatan kita (Kerajaan Negeri) di Kepala Batas mendapati ada binaan sementara saja didirikan dan telah diturunkan selepas perayaan tradisi Cina itu selesai.

"Di sini (Pulau Pinang), upacara ritual bukan diadakan dalam surau seperti di Johor, tetapi, pihak tertentu seolah-olah cuba menggambarkan isu di Pulau Pinang sama seperti Johor untuk tutup kelemahan diri," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena keraian Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon dan Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) turut hadir pada keraian tersebut.

Difahamkan, majlis selama dua jam bermula detik 4.00 petang itu menerima kehadiran hampir 5,000 orang terdiri oleh pelbagai bangsa.

Laksa Penang, nasi kandar Pelita, sate dan char koey teaw Pulau Pinang antara juadah menarik sepanjang berlangsungnya majlis rumah terbuka itu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus