30 April 2014

Pertimbang haram arak murah di Sbrg. Perai, cadang dua Ahli Majlis DAP bukan Islam

M. Satees (kiri) dan P. David Marshel (kanan) pada satu kenyataan media di Pejabat ADUN Perai Prof. P. Ramasamy (merangkap Timbalan Ketua Menteri II) dekat Perai, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees dan P. David Marshel mencadangkan pihak berwajib mempertimbang cadangan pengharaman arak murah yang nyata mengakibatkan ketagihan serta dianggap antara punca pelbagai penyakit barah membabitkan keluarga miskin di negeri ini.

Mereka mencadangkan sedemikian berdasarkan maklumat mesyuarat MPSP yang mendedahkan, dari 369 premis yang menjual arak (likuor) yang diberikan lesen, sebanyak 250 premis adalah di pasaraya dan kedai runcit.

Justeru, menurut mereka, langkah pengharaman arak murah tersebut sekaligus merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri yang mengutamakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Semua pihak, termasuk parti pembangkang di Pulau Pinang, Barisan Nasional (diseru) supaya berganding bahu dalam mengorak langkah ke arah pengharaman arak murah (atau) samsu dari pasaran dalam masa akan datang," ujar mereka dalam satu kenyataan bersama di sini, semalam.

Sebagai langkah permulaan, kata mereka, penubuhan satu jawatankuasa bertindak oleh MPSP bersama Kastam dan Polis perlu segera dikaji demi mencegah pelbagai gejala sosial dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Tambah mereka lagi, 'samsu' sepatutnya tidak boleh lagi dijual selepas jam 9.00 malam, tetapi, peraturan yang sedia ada itu seakan langsung tidak dikuatkuasakan.

"Ada juga kedai menjual arak yang beroperasi 24 jam. Ini menunjukkan kurangnya penguatkuasaan," ujar mereka.

Difahamkan, arak murah mempunyai kandungan alkohol yang tinggi itu adalah antara punca penyakit kanser pada otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Selain itu, ketagihan minuman tidak sihat itu mampu merosakkan organ hati, seperti sirosis, steatosis dan hepatitis; Ulser, gastritis, serta kecederaan otak dan masalah saraf.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus