Skip to main content

Posts

Showing posts from October 5, 2012

Bajet 'Minta Nyawa' 2013: Mengapa rakyat P.Pinang terima 70 PPR saja?

BAJET 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperuntukan hanya 70 buah rumah atau setengah peratus dari keseluruhan 20,540 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, rakyat Pulau Pinang wajar kecewa dengan langkah pentadbiran Najib itu memandangkan negeri berkenaan merupakan antara negeri penyumbang kutipan cukai yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan.

"Takkan (Bajet 2013) ini memberi kita (Pulau Pinang) bilangan rumah paling sedikit (iaitu) hanya dapat satu blok bangunan PPR sahaja," soal beliau di Komtar, di sini, sambil mendedahkan faktar berwajib berdasarkan Jawapan Bertulis (19 Oktober 2009 - 15 Disember 2009) yang dibekalkan oleh Parlimen.

Belanjawan pembangkang inovatif berbanding Bajet 2013 - Ahli Akademik

AHLi Akademik terkemuka, Dr. Ong Kian Ming berbendapat bahawa belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jelas menyediakan pendekatan jangka panjang serta lebih inovatif berbanding Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. 
"Pakatan (Rakyat) mencadangkan pemotongan duti eksais dan duti import bagi kereta serta memansuhkan tol bermula di Lebuh raya Utara Selatan yang nyata boleh meningkatkan pendapatan lebih ramai rakyat. 
"Langkah (Pakatan Rakyat) ini lebih mampan ekonomi, bukannya membayar pampasan kepada pengendali tol untuk tidak naik kadar tol...RM586 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2013 (oleh Najib) sepatutnya digunakan untuk membeli balik konsesi tol," ujar beliau menerusi e-mel.
Selain itu, katanya, peruntukan RM90 juta untuk membeli 300,000 seragam RELA dan RM20 juta untuk membeli 1,000 motosikal peronda polis seakan memperlihatkan Najib "meletakkan lebih banyak wang dalam pasukan polis tanp…