05 October 2012

Bajet 'Minta Nyawa' 2013: Mengapa rakyat P.Pinang terima 70 PPR saja?

BAJET 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperuntukan hanya 70 buah rumah atau setengah peratus dari keseluruhan 20,540 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, rakyat Pulau Pinang wajar kecewa dengan langkah pentadbiran Najib itu memandangkan negeri berkenaan merupakan antara negeri penyumbang kutipan cukai yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan.

"Takkan (Bajet 2013) ini memberi kita (Pulau Pinang) bilangan rumah paling sedikit (iaitu) hanya dapat satu blok bangunan PPR sahaja," soal beliau di Komtar, di sini, sambil mendedahkan faktar berwajib berdasarkan Jawapan Bertulis (19 Oktober 2009 - 15 Disember 2009) yang dibekalkan oleh Parlimen.

Hansard itu mendedahkan, Pulau Pinang sejak tahun 2001 hingga tahun 2008 merupakan negeri kelima penyumbang kutipan cukai terbanyak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu sebanyak RM19,147 juta.

Kutipan oleh Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) dalam tempoh yang sama di Pulau Pinang pula berjumlah RM6523 juta, iaitu negeri keenam penyumbang terbanyak dana cukai kepada kerajaan pusat.

Namun, Pulau Pinang dalam tempoh lapan tahun itu menerima RM794 juta sahaja peruntukan daripada kerajaan pusat, iaitu jumlah pemberian ketiga paling kecil yang diterima oleh negeri-negeri selepas Melaka (RM620 juta) dan Perlis (RM563 juta).

"Malah semasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini pun, Pulau Pinang senantiasa dilayan seperti 'anak tiri' (dilayan tidak adil)," tegas beliau sambil mempersoal keikhlasan kerajaan pusat dalam membantu Kerajaan Negeri meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri berkenaan.

Tuntas dari itu, katanya, peratusan pemberian daripada kutipan menyaksikan Pulau Pinang adalah negeri paling sedikit mendapat manfaat daripada kerajaan pusat, iaitu sebanyak 3 peratus sahaja.

"Kita (Pulau Pinang) adalah antara lima negeri yang paling banyak menyumbang (dana) kepada kerajaan pusat, tetapi, kita (Pulau Pinang) terima paling sedikit pemberian jika dihitung secara peratusan pemberian daripada kutipan yang kita beri kepada (kerajaan) pusat," ujar beliau.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan nasib rakyat Pulau Pinang seakan diabaikan dalam Bajet 2013 disebabkan Kerajaan Pusat berbeza faham politik dengan Kerajaan Negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus