Skip to main content

Posts

Showing posts from October 28, 2013

Bajet 2014: Dapat BR1M RM650, bayar GST RM850 - Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan membebankan rakyat terbanyak sungguhpun mereka layak menerima RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tiap-tiap tahun. 
Guan Eng semasa mengulas Bajet 2014 membuat unjuran itu berdasarkan satu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala berhubung hasrat Kerajaan Pusat mahu melaksanaan GST kelak. 
"Berdasarkan angka-angka yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala, GST sebanyak tujuh peratus akan membawa masuk (pendapatan) RM27 bilion setahun atau setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia menanggung beban tambahan sebanyak RM1,000. 
"Enam peratus GST (ertinya) setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) menanggung beban RM850 setiap tahun, sedangkan BR1M yang diterima RM650 sahaja setiap tahun.
"Bagaimana mungkin beban hidup setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) bertambah RM850 setah…

Hapus IPP lebih jimat berbanding kurang subsidi gula – Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, subsidi Kerajaan Pusat untuk semua stesen janakuasa bebas (IPP) yang dianggarkan RM8 bilion setahun sepatutnya dihapuskan terlebih dahulu, berbanding mengurangkan subsidi gula sebagaimana dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Guan Eng semasa mengulas mengenai Bajet 2014 berkata, langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanya akan terus menguntungkan kroni, selain, meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat terbanyak.
“Mereka (IPP) janakuasa bebas dan jual kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad). Dia (IPP) telah dapat subsidi, subsidinya sangat banyak (dipercayai) berpuluh-puluh bilion ringgit.
“Kenapa Kerajaan Pusat tidak mansuhkan subsidi untuk IPP, kenapa kurangkan subsidi gula.
“Kalau nak kurangkan subsidi, saya kata boleh. Tetapi, kurangkan subsidi kepada syarikat korporat-korporat besar (IPP) ini dulu.
“Jangan selalu kurangkan subsidi, orang bawah (rakyat) yang kena (tanggung susah) dulu, syarikat korporat besa…

Herman Tino impi buat konsert amal ANAK yatim Pinang

JAWI - Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, mahu mengadakan konsert amal bagi merai anak yatim di Pulau Pinang."Saya memang nak menyerah jiwa saya untuk buat kebaikan, suara saya ini pun adalah pinjaman daripada Allah."Kalau tidak sekarang (menganjur konsert amal anak yatim), bila lagi," ujar Herman, selepas mengadakan persembahan langsung sempena Karnival Santai Rakyat, Usahawan & Koperasi di Padang Awam Jawi, malam tadi.Beliau memuji penganjur, Tunas Indah Niaga kerana berjaya menghimpunkan lebih 50 peniaga kecil pada karnival kali ini semata-mata demi mencari sumbangan untuk membela anak yatim setempat sekitar Parlimen Nibong Tebal, di sini."Terus terang, saya menghibur, tetapi, belum pernah buat program seumpama ini, datang berhibur untuk rai anak yatim."Saya begitu senang pada malam ini kerana suara saya boleh membantu anak yatim walau secara kecil-kecilan," ujar beliau.Sebelum itu, Ketua Pengarah Eksekutif Tunas Indah Niaga, Zaini …