Skip to main content

Posts

Showing posts from August 14, 2015

Guan Eng umum KN sokong #HarapanBaru

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
SEBERANG JAYA - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng malam tadi mengumumkan pendirian rasmi Kerajaan Negeri untuk menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Pulau Pinang. 
"Kita (Kerajaan Negeri) dan semua Ahli Exco sebulat suara sokong Gerakan Harapan Baru. 
"Ini adalah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tiada siapa akan lawan sama pendirian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
"Ingin saya tegaskan, sesiapa yang lawan sama pendirian Kerajaan Negeri, jangan cakap dia sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang," kata Guan Eng pada Majlis Rumah Terbuka Bersama-Sama Ketua Menteri di SP Arena di sini. 
Menurut Guan Eng, GHB di bawah kepemimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu sebenar demi menggembleng kesedaran rakyat terbanyak, termasuk di negeri ini, ke arah menghentikan kezaliman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tadbir urus ekonomi negara. 
Selain Mohamad, Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Ra…

Nilai Ringgit susut menyukarkan Malaysia capai sasaran 2020, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB Gambar: AHMAD ADIL MOHAMAD
SEBERANG JAYA - Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang hampir mencecah sekitar RM4 bagi sedolar AS baru-baru memungkinkan negara sukar untuk mencapai status 'negara berpendapatan tinggi' pada tahun 2020, dengan sasaran pendapatan negara kasar per kapita sejumlah AS$15,000 setahun.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng, Malaysia dijangka memerlukan lima sehingga 10 tahun lagi selepas tahun 2020 nanti untuk mencapai sasaran tersebut, jika mengambil kira realiti kejatuhan nilai mata wang negara, kini.
“Daripadi AS$12,000 (pendapatan negara kasar per kapita), sekarang tinggal AS$10,000, (ertinya) kita telah hilang AS$2,000.
“Berapakah (nilai) AS$2,000, (menyamai) hampir RM8,000...(disebabkan) penurunan mata wang Ringgit berbanding nilai dolar AS
“Untuk mencapai pendapatan (negara kasar per kapita) AS$15,000, kita perlu tunggu lima tahun lagi (tahun 2025) hingga 2030,” jelas Guan Eng pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri …

Konsortium SRS 'Rakan Pelaksana Projek' Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, umum Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Konsortium SRS dipilih menjadi Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) bernilai RM27 bilion, mulai sekarang hingga tahun 2030.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam mengumumannya memberitahu bahawa PDP perlu mendapatkan semua kelulusan berwajib daripada Kerajaan Pusat dalam tempoh enam bulan, atau menanggung segala kos pengurusan jika gagal kelak.
“Isu terpenting hanya akan ditangani apabila semua kelulusan lesen telahpun diperolehi daripada Kerajaan Pusat.
“Cabaran seterusnya adalah membina kerangka kewangan berdasarkan pertukaran tanah (milik Kerajaan Negeri) untuk menanggung kos sekurang-kurangnya RM27 bilion untuk membiayai TMP.
“Selain menangani cabarang kesesakan trafik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin bahawa kemakmuran ekonomi kita ini akan dibawa sehingga tahun 2050, jika halangan akhir ini (untuk mendapat kelulusan projek daripada Kerajaan Pusat) berjaya ditangani,” ujar Guan Eng kepada w…