14 August 2015

Konsortium SRS 'Rakan Pelaksana Projek' Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, umum Guan Eng

LIN Yun Ling (dua dari kiri) menyerahkan kembali Surat Anugerah kepada Ketua Menteri (tiga dari kiri) sebagai tanda bersetuju untuk menjadi 'Rakan Pelaksana Projek' Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, sambil disaksikan oleh Chow Kon Yeow (paling kiri) dan dua peribadi lain pada sidang media di sini, pagi tadi. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Konsortium SRS dipilih menjadi Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) bernilai RM27 bilion, mulai sekarang hingga tahun 2030.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam mengumumannya memberitahu bahawa PDP perlu mendapatkan semua kelulusan berwajib daripada Kerajaan Pusat dalam tempoh enam bulan, atau menanggung segala kos pengurusan jika gagal kelak.

“Isu terpenting hanya akan ditangani apabila semua kelulusan lesen telahpun diperolehi daripada Kerajaan Pusat.

“Cabaran seterusnya adalah membina kerangka kewangan berdasarkan pertukaran tanah (milik Kerajaan Negeri) untuk menanggung kos sekurang-kurangnya RM27 bilion untuk membiayai TMP.

“Selain menangani cabarang kesesakan trafik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin bahawa kemakmuran ekonomi kita ini akan dibawa sehingga tahun 2050, jika halangan akhir ini (untuk mendapat kelulusan projek daripada Kerajaan Pusat) berjaya ditangani,” ujar Guan Eng kepada wartawan di sini, pagi tadi.

Sebelum itu, Guan Eng menerima kembali persetujuan Surat Anugerah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Berhad, Dato' Lin Yun Ling yang mewakili Konsortium SRS.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Danny Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan), Dato' Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Dato' Aliza Sulaiman (Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri).

Menurut Guan Eng, Konsortium SRS dianggotai oleh syarikat berwibawa dalam kejuruteraan, pembinaan dan pembangunan hartanah, seperti Gamuda Berhad yang memegang 60 peratus ekuti, serta dua syarikat dari Pulau Pinang, iaitu Loh Phoy Holdings Sdn. Bhd. dan Ideal Property Development Sdn. Bhd. yang masing-masing memegang 20 peratus baki ekuiti.

Tambah Guan Eng, pendekatan PDP cuba dilaksanakan, selepas keengganan Kerajaan Pusat membina Transit Laju Massa (MRT) demi mengurangkan cabaran kesesakan trafik di negeri ini.

“TMP adalah pendekatan impian besar-besaran ke arah menghadapi kedua-dua cabaran yang paling besar (iaitu) kesesakan trafik dan pengangkutan awam, dengan menggunakan pakai pendekatan 'rakyat bergerak, bukannya kenderaan'.

“Pendekatan 'big-bang' RMT ini menggabungkan udara, air, kereta api dan jalan raya untuk menyediakan penyelesaian 'bersepadu untuk semua' demi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” jelas Guan Eng lagi.

Terdahulu, Kon Yeow pada 12 Ogos 2015 mengumumkan keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk memberi Surat Anugerah berwajib, demi mendapatkan maklum balas muktamad daripada pembida terbabit.

Dan, Konsortium SRS pada hari ini, 14 Ogos 2015 telahpun menyatakan persetujuan untuk menerima Letter of Award untuk menjadi Rakan Pelaksana Projek TMP bersama-sama Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus