Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN - Nama
pembida yang dipilih sebagai Rakan Pelaksana Projek bagi Pelan Induk
Pengangkutan Awam Pulau Pinang hanya akan diumumkan selepas syarikat
terbabit bersetuju dengan Surat Anugerah daripada Kerajaan Negeri.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata,
pengumuman itu adalah hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri pada pagi tadi.
“Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri telahpun memutuskan untuk mengeluarkan Letter of
Award kepada pembida yang berjaya, untuk dilantik sebagai Project
Delivery Partner untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Negeri
Pulau Pinang dari sekarang (tahun 2015) hingga 2030.
“Mulai hari ini,
tandatangan membabitkan kedua-dua belah pihak (syarikat dengan
Kerajaan Negeri) akan dibuat dalam tempoh enam bulan ini, jika proses
(berwajib) tidak sempurna akan ditangguh lagi.
“Nama syarikat hanya
akan diumumkan selepas mereka menerima tawaran ini,” ujar Kon Yeow
pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan
Eng di sini.
Turut serta, Exco
Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan
Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti).
Sementara itu, Guan Eng
memberitahu bahawa Letter of Award yang akan diserahkan kepada pemida
berjaya sebenarnya dilangsungkan oleh Kerajaan Negeri melalui proses
tender terbuka.
“Ini, dilakukan oleh
Jawatankuasa Tender Negeri dan disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau
Pinang.
“Dan, Jawatankuasa
Tender Negeri ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
secara perundangan, maka keputusan yang dibuat (Dato' Seri) Farizan
(Darus) ini adalah disokong oleh Kerajaan Negeri,” jelas Guan Eng.
Terdahulu, Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang ini yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri
pada 25 Mac 2015 sebenarnya adalah hasil perbincangan beberapa pihak
berwajib, antara lain demi menangani menangani cabaran kesesakan
trafik di negeri ini.
Kerajaan Negeri pada 16
Mei 2014 membuat ketetapan bahawa pelan tersebut akan dilaksanakan
dengan konsep Project Delivery Partner.
Susulan itu, mereka yang
berminat untuk menjadi Rakan Pelaksana Projek bagi pelan tersebut
diminta mengemukakan Request for Proposal (RFP) kepada Kerajaan
Negeri mulai bulan Ogos, dan tarikh tutup adalah pada 16 Mei
baru-baru ini.
Enam pembida menghantar
Proposal Permintaan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Tender Negeri,
yang dipengerusikan sendiri oleh pegawai Kerajaan, iaitu Farizan.
Penilaian enam pembida
ini meliputi inti cadangan RFP, keupayaan teknikal, pengalaman
pembida memperoleh kelulusan daripada agensi Kerajaan, strategi
pelaksanaan yang dikemukan, nilai tawaran cadangan, kedudukan
kewangan, model dapatan dan perniagaan serta kitaran risiko yang akan
dikenakan jika projek tertangguh.
Pada 23 Jun 2015,
Kerajaan Negeri melalui keputusan Lembaga Perolehan Negeri
mencadangkan pembida terbabit sebagai Project Delivery Partner.
Kon Yeow pada 12 Ogos
2015 mengumumkan keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri untuk
memberi Surat Anugerah berwajib, demi mendapatkan maklum balas
muktamad daripada pembida terbabit.
No comments:
Post a Comment