14 August 2015

Nilai Ringgit susut menyukarkan Malaysia capai sasaran 2020, kata Guan Eng


LIM Guan Eng berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri di SP Arena, Seberang Jaya pada 9 Ogos lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MOHAMAD

SEBERANG JAYA - Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang hampir mencecah sekitar RM4 bagi sedolar AS baru-baru memungkinkan negara sukar untuk mencapai status 'negara berpendapatan tinggi' pada tahun 2020, dengan sasaran pendapatan negara kasar per kapita sejumlah AS$15,000 setahun.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng, Malaysia dijangka memerlukan lima sehingga 10 tahun lagi selepas tahun 2020 nanti untuk mencapai sasaran tersebut, jika mengambil kira realiti kejatuhan nilai mata wang negara, kini.

“Daripadi AS$12,000 (pendapatan negara kasar per kapita), sekarang tinggal AS$10,000, (ertinya) kita telah hilang AS$2,000.

“Berapakah (nilai) AS$2,000, (menyamai) hampir RM8,000...(disebabkan) penurunan mata wang Ringgit berbanding nilai dolar AS

“Untuk mencapai pendapatan (negara kasar per kapita) AS$15,000, kita perlu tunggu lima tahun lagi (tahun 2025) hingga 2030,” jelas Guan Eng pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri di SP Arena di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, krisis kewangan dalam syarikat pelaburan negara 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang menjadi perhatian dunia serta dalam negera merupakan salah satu faktor menggugat keyakinan awam kepada nilai RM.

“Inilah kesan apabila nilai Ringgit turun, inilah kesan 1MDB,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajanan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) dan Dato; Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut berucap pada majlis tersebut.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar), Tuan Haji Mohamad Sabu (Pengerusi Gerakan Harapan Baru) dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan) merupakan antara tetamu Kerajaan Negeri yang turut berucap pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa beliau masih mempunyai integriti, selepas didedah sejumlah RM2.6 bilion 'disumbangkan' oleh pihak tertentu dalam akaun peribadinya.

Lebih 500 tetamu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus