Skip to main content

Posts

Showing posts from April 6, 2017

Thangaletchumi terkejut Ahli Parlimennya di Tasek Gelugor syor mangsa mengahwini perogol

Zainulfaqar Yaacob
Permatang Berangan
6 April 2017 | 7.10 malam


R. THANGALETCHUMI berusia 50 tahun merupakan antara wanita tempatan Parlimen Tasek Gelugor yang menyertai demonstrasi anti Shabudin Yahaya, pada lewat petang tadi.

18 tahun tinggal di Kampung Pokok Machang dalam kawasan parlimen Shabudin, beliau berkata kehadirannya di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tasek Gelugor di sini adalah sebagai pengundi berdaftar.

Thangaletchumi menegaskan bahawa beliau tidak mewakili mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik.

Sebagai wanita, beliau melahirkan rasa bangga kerana hidup berdikari dengan bekerja sendiri.

Atas perasaan itu, baginya, pendapat mangsa rogol boleh dikahwinkan dengan perogol demi mengubati masa sosial sepatutnya tidak keluar daripada pemimpin yang mempunyai daya intelektual tinggi seperti Sabudin.

"Saya pengundi Tasek Gelugor berasa sangat terkejut YB boleh keluarkan suatu kenyataan seperti ini kerana saya menyangka beliau seorang yang berpe…

8 jenis premis perniagaan wajib daftar, jayakan Kempen Tanpa Beg Plastik Percuma, umum Setiausaha MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
SEBERANG JAYA - Lapan kategori premis komersial diwajibkan berdaftar dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) demi menjayakan dasar dan Kempen Tanpa Beg Plastik Percuma di bahagian Seberang Perai ini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud memberitahu lapan premis perniagaan yang dimaksudkan itu adalah iaitu pasar raya besar (hypermarket), pasar raya (supermarket), pasar raya serbaneka (departmental store), kediaman serbaneka (convenient store), restoran makanan segera, kedai serbaneka atau stesen minyak (petrol station convenient store), kedai rangkaian (chain store) dan farmasi.
Berdasarkan rekod MPSP, beliau berkata terdapat 398 premis perniagaan berlesen sepatutnya terlibat dalam amalan dasar ini.
"Ini adalah suatu dasar yang telah ditambah baik daripada dasar yang telah sedia ada...pendaftaran dibuka sejak 1 Mac lalu hingga 20 April ini.
"Pendaftaran percuma, boleh dibuat di mana-mana kaunter berpusat, dengan membawa salinan (sijil daftar sya…

16,023 akan sertai Larian Ria Saya Sayang Pulau Pinang di Butterworth 9 April

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
SEBERANG JAYA - Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Ir. Rozali Mohamud memberitahu siri kedua Larian Ria Saya Sayang Pulau Pinang yang akan dilangsungkan di Butterworth pada 9 April ini sudah menerima penyertaan seramai 16,023, dengan yuran RM15 seorang.
Menurut beliau, seramai 205 krew daripada kalangan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis trafik, anggota penyelamat kesihatan beruniform, skuad pengayuh sukarela dan marshal akan bertugas pada hari tersebut, demi memastikan acara berjalan lancar seperti siri pertama larian ria di George Town pada 12 Mac lalu.
"(16,023 penyertaan) ini lebih daripada versi (Larian Ria) George Town lebih 10,000 sahaja.
"Ketua Menteri Y.A.B. Ketua Menteri dijangka tiba pada 7.10 pagi, dan akan berucap pada 7.15 pagi, sebelum menyempurnakan acara pelepasan secara berperingkat bermula pada 7.30 pagi," jelas Rozali dalam sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini…