04 June 2017

Rumah pangsa 37 tahun dicat semula, Zuraida gembira tiada lagi isu tekanan air terlalu rendah

Penduduk Blok 74 Jalan Tengah dekat  Bandar Bayan Baru merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri, Mohd. Rashid Hasnon, Jagdeep Singh Deo dan Rosli Jaafar pada tengah hari tadi, sebagai tanda penghargaan atas inisiatif Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menyiapkan projek pengecatan semula serta kerja-kerja penyelenggaraan kritikal di rumah pangsa mereka yang berusia kira-kira 37 tahun berkenaan.



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD


PANTAI JEREJAK - Sejak tahun  1980, isu tekanan air terlalu rendah merupakan antara cabaran utama bagi semua penduduk yang menghuni 30 unit kediaman pangsa kos rendah lima tingkat di Blok 74 Jalan Tengah dekat Bandar Bayan Baru.


 

Bagaimanapun Zuraida Abdul Rahim, 61, yang bermastautin di sini ketika ditemui kemudian tadi melahirkan rasa gembira kerana masalah malar segar itu telahpun ditangani oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini.


"37 tahun lalu, semasa makcik dan pakcik tinggal di sini, anak sulung masih belum berumur setahun lagi.


"Tekanan air rendah sepanjang masa tidak kira pada awal pagi waktu sebelum ke tempat kerja atau tengah hari atau petang sampai ke tengah malam.


"Selepas 37 tahun tinggal di sini langsung tidak dibaik pulih seperti tangki air dan sebagainya, sudah dibaik pulih sekarang," ujar Zuraida yang ditemui dalam Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja-Kerja Pengecatan Semula & Pembaikan Kritikal Blok 74 Jalan Tengah di sini pada tengah hari tadi.


 


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Timbalan Ketua Menteri I kerana membiayai kos projek pengindahan dan reka lanskap kediaman di kawasan flat berkenaan.


Pengerusi Badan Pengurusan (MC) Persatuan Penduduk Blok 74 Jalan Tengah, Thomas Devas pula merakamkan penghargaan kepada pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kerana membiayai 80 peratus kos projek tersebut.


"PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) telah menanggung 80 peratus kos penyelenggaran dan cat semula bangunan rumah pangsa Blok 74 ini.


"Rakyat semakin bijak, dan akan menyokong Kerajaan yang membuktikan keprihatinan serta berjiwa rakyat," jelas Thomas.


Ketika berucap, Guan Eng memberitahu Kerajaan Negeri hari ini membiayai 80 peratus kos projek tersebut sebenarnya berdasarkan teori ekonomi 80:20 'Prinsip Pareto'.


"Prinsip Pareto ini bukan sahaja membuktikan sebuah Kerajaan Negeri melalui PDC mengambil tanggungjawab membiayai 80 peratus kos projek ini, malah penduduk juga akan memulihara kemudahan serta keindahan ini kerena mereka juga menanggung baki 20 peratus kos projek ini.


"Inilah projek pengecatan yang ke-14 yang telah disiapkan oleh PDC sehingga bulan Mac ini...kerja-kerja penyelenggaran seakan telah menjadikan bangunan ini rumah pangsa yang baru," jelas Guan Eng yang juga Setiaushaa Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan.


Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo turut berucap pada majlis itu, selain Mohd. Rashid dan Thomas.


Hadir sama, Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jaafar.


Seperti dimohon oleh Jagdeep sebelum ini, Guan Eng memberitahu pihaknya akan saling berbincang dengan Bahagian Kewangan Kerajaan Negeri untuk mempertimbang syor menambahkan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80% Pulau Pinang (TPM80PP).


Difahamkan kos keseluruhan projek pengecatan dan serta kerja-kerja penyelengaraan kritik seperti pembaikan bumbung, tangki air, penggantian 'surface water pipe' serta 'waterproofing' menelan belanja sejumlah RM93,310.


Namun, Guan Eng memberitahu projek pengecatan sahaja menelan belanja RM40,500, iaitu 80 peratus atau RM32,400 dibiayai oleh PDC dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat dan baki 20 peratus lagi (RM4,050) ditanggung oleh MC masing-masing. 


Nisbah tanggungan bagi kerja-kerja penyelenggaran sahaja adalah 80:10:10, iaitu 80 peratus  membabitkan Kerajaan Negeri, manakala baki 10 peratus lagi masing-masing ditangggung Kerajaan Negeri dan MC.


Sebelum itu, Jagdeep memberitahu peruntukan TPM80PP bagi tahun 2017 sejumlah RM2.8 juta termasuk tambahan RM1 juta lagi daripada Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY) adalah tidak mencukupi, dan perlu peruntukan tambahan.


"Jumlah besar iti (RM3.8 juta) walau bagaimanapun adalah tidak mencukupi untuk membiayai projek-projek yang telah diterima sehingga Jun 2017, di mana projek yang diluluskan dan sedang dipertimbangkan berjumlah RM6,481,771.68 dan kita masih mempunyai enam bulan untuk tahun ini (2018)," jelas Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat.


Dalam perkembangan lain, Jagdeep memberitahu hanya 29 daripada semua 143 permohonan Tabung Penyelegaraan 1Malaysi (TP1M) diluluskan sejak tahun 2012.


Akibatnya, menurut Jagdeep, Kerajaan Negeri tidak dapat meluluskan 30 peratus atau 10 peratus peruntukan HAPPY, disebabkan Kerajaan Pusat tidak meluluskan permohonan TP1M.

Lebihan kewangan sebab jual tanah semata-mata tak benar, Guan Eng sanggah Gerakan

 

KETUA Menteri diiringi Mohd. Rashid Hasnon dan Jagdeep Singh Deo dalam sidang media di perkarangan Blok 74 Jalan Tengah dekat Bandar Bayan Baru pada tengah hari tadi.



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD


PANTAI JEREJAK - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyanggah tuduhan Gerakan kononnya RM574 juta lebihan kewangan yang Kerajaan Negeri hari ini berjaya kumpul adalah hasil penjualan tanah di Pulau Pinang semata-mata.


"Daripada RM1.1 bilion (hasil jual tanah secara tender terbuka) ini, sehingga sekarang kerana ia adalah pembayaran secara berjadual, kita telah terima kira-kira RM700 juta.


"Daripada RM700 juta ini, jangan lupa, kita (Kerajaan Negeri) telah berikan RM500 juta untuk program Rumah Mampu Milik (RMM).


"Maka, kalau ada apa-apa lebihan lagi yang tinggal hanya RM200 juta, (RM200 juta) ini pun tidak cukup untuk menampung kos selama ini.


"Justeru, tiada kaitan antara lebihan kewangan terkumpul sebanyak RM574 juta sejak tahun 2008 (dengan hasil jual tanah semata-mata).


"Ini (lebihan kewangan) adalah usaha Kerajaan Negeri kutip hasil daripada sumber-sumber lain, selain hasil penjualan tanah.


"Bukanlah penjualan tanah menjadi sebab utama kita mencatatkan lebihan (kewangan)," jelas Guan Eng  yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan kepada pemberita, selepas berucap dalam Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja-Kerja Pengecatan Semula Blok 74 Jalan Tengah dekat Bandar Bayan Baru pada tengah hari tadi.


Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak; Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Sing Deo; dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Dato' Rosli Jaafar turut sertai sidang media tersebut di sini.


Guan Eng mendedahkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional terdahulu direkodkan menjual tanah secara tender tertutup seluas 980 ekar dekat Tanjong Tokong dengan harga RM42.7 juta atau RM1 sekaki persegi; 325 ekar tanah untuk projek Jelutong Expressway (RM325 juta atau RM20 sekaki persegi); 750 ekar tanah kepada Abad Naluri di Batu Kawan (RM106 juta atau RM3.24 sekali persegi); dan 1,606 ekar tanah kepada Rayston Concortium Sdn. Bhd. di Butterworth.


Manakala Kerajaan Negeri hari ini, katanya lagi, sejak tahun 2008 direkodkan menjual tanah secara tender terbuka seluas 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin dekat Taman Manggis dengan harga RM10.2 juta atau RM232 sekaki persegi; dan satu lagi 105 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion atau RM240 sekaki persegi).


"Tanah yang kita (Kerajaan Negeri hari ini) jual hanya 106 ekar, (Kerajaan Negeri era) BN jual 3,661 ekar, iaitu 36 kali ganda lebih banyak.


"Tapi, dia punya (hasil) pendapat lebih kurang kerana kita buat tender terbuka dan dia tak buat tender terbuka," jelas Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan.


Guan Eng yang juga ADUN Air Itam merangkap Ahli Parlimen Bagan turut memberi respons pada isu Kerajaan Negeri menjual tanah untuk tujuan pembinaan hospital swasta terbesar negara berhampiran Island Hospital yang sedia ada di Pulau Pinang, yang membawa RM2 bilion pelaburan ke negeri ini.


"Kalau berprinsip, jawab dahulu dan tunjuk bukti bahawa penjualan tanah Island Hospital dibuat oleh saya seorang.


"Sehingga sekarang, mereka (Gerakan) tidak mahu tunjuk bukti," tegas Guan Eng sambil menganggap tuduhan Gerakan itu menyerlahkan amalan fitnah pemimpin Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Sarawak Report petik nama Shafee, kenapa Khalid AB bisu?

 

Sebenarnya, saya sendiri berani-berani takut nak bertanya Shafee Abdullah, "AG percaya atau tidak Shafee disogok RM9.5 juta dana 1MDB?"

Lebih dari itu, saya tak berani bertanya selantang Penarik Beca di dinding facebooknya, tadi.

 

Beberapa hari lepas, berita Tan Sri Shafee Abdullah tak hadir mahkamah mewakili Khairy Jamaluddin tersebar.

Khabarnya punca 'peguam mesra Umno' itu tak hadir ada kaitan dengan pendedahan Sarawak Report yang menyebut dia menerima sejumlah RM9.5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau saya jadi dia pun, saya tak cukup kuat juga nak berdepan buruan pengamal media di mahkamah.

Tapi, kalau 'peguam mesra Umno' itu sakit otak atau mati otak dengan pendedahan terbaru Sarawak Report, saya boleh kata, "Piee pun manusia semacam kita, ada hati tisu juga..."

Kalau peribadi semacam Shafee yang dikatakan hebat berhujah di mahkamah pun begitu tindak-tanduknya, macam mana agaknya kelaku Tan Sri Khalid Abu Bakar?

Jangan sesiapa memandai cadang diadakan rancangan televisyen #TanyalahKetuaPolisNegara, sebab TV9 ada rancangan #TanyalahUstaz.

Saya mohon bertanya ya, KBAB!

AG percaya atau tidak Shafee disogok RM9.5 juta dana 1MDB?

Majlis Mengenang Kasih Sayang Allahyarham Rozaimin Elias di Marrow Narrow dekat George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, pada malam tadi. 

GAMBAR rakan-rakan menyertai Majlis Mengenang Allahyarham Rozaimin Elias di cafe Narrow Marrow dekat George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO pada malam tadi. | Gambar: Facebook Karen Lai



Ahli Majlis Tertinggi Umno seakan tak percaya Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak menyogok Tan Sri Shafee Abdullah sejumlah RM9.5 juta sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara.


Datuk Seri Nazri Aziz dalam Malaysiakini dilaporkan berdalih, "Saya tidak percaya. Mengapa Najib kena bayar? Kerajaan perlu bayar (Shafee) bukan Najib. Sarawak Report tiada kredibiliti."


Pendedahan Sarawak Report ini sepatutnya sudah mendorong Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memulakan saman ke atas portal antarabangsa tersebut.


Ini kerana, Mohamed Apandi Ali setakat ini dilihat lebih berwibawa berbanding Shafee, yang telahpun dituduh menerima sejumlah dana daripada Najib.


Sarawak Report masih tidak mendedahkan transaksi lain daripada akaun Najib ke akaun Mohamed Apandi.


Dan, saya percaya Mohamed Apandi tahu kedudukan integriti dan wibawanya sebagai AG untuk menentang kebocoran maklumat transaksi bank, yang didedahkan Sarawak Report.


Seperti Nazri, kalau Sarawak Report mendedahkan yang Mohamed Apandi juga menerima sejumlah dana daripada Najib sebelum Anwar dihukum penjara, saya tidak akan percaya.


Lainlah, jika Sarawak Report mendedahkan bukti berwajib, dan sanggup disaman AG.


Sebelum pergi lebih jauh, elok juga saya bertanya, "Mohamed Apandi percaya atau tidak Shafee dituduh menerima RM9.5 juta?"


Saya mohon respons.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus