29 January 2015

Guan Eng seru 'Saudara se-Malaysia' kembali bincang masalah negara

RAMKARPAL Singh (paling kiri) dan R.S.N Rayer (dia dari kiri) menyantuni tetamu pada jamuan Hari Ponggal di Kampung Buah Pala, di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SERI DELIMA - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilihat tidak pernah berputus asa dalam menentang politik kebencian, perkauman melampau serta penindasan kepada kaum minoriti, dan kali ini beliau menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini untuk bersamanya dalam menyemarakkan semangat 'Saudara Se-Malaysia' ke arah masa depan tanah air yang lebih bermaruah.

Katanya, semangat 'Saudara Se-Malaysia' ini akan mendorong tiap-tiap rakyat untuk kembali membincangkan mengenai masalah-maslaah besar negara yang didakwa berpunca oleh kepincangan dalam tadbir urus Kerajaan Pusat.

Seruan itu ditujukan kepada rakyat tidak kira umat Islam dan masyarakat bukan Islam, sempena sambutan Hari Ponggal Peringkat Kampung Buah Pala.

“Politik kebencian ini bertujuan untuk mengelak (tiap-tiap rakyat) daripada membincangkan masalah-masalah yang lebih nyata, seperti skandal 1MDB (1Malaysian Development Berhad) atau aliran keluar wang haram yang mencecah RM1.4 trilion antara tahun 2003 hingga 2013.

“Masa depan Malaysia akan terlepas daripada capaian (kekuasaan) BN dan UMNO kerana ia sedang menumpukan kepada usaha menakut-nakutkan kita dan membangkitkan kebencian yang mengurangkan nilai manusia daripada kalangan warga minoriti.

“Kita mesti menghormati hak dan maruah 'Saudara se-Malaysia' yang berkongsi impian keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, serta terkesan dengan masalah-masalah akibat rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, dan Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) turut menyertai keraian bersama-sama komuniti Tamil di sini.

Di bawah tadbir urus Kerajaan Pusat, Guan Eng berkata, hutang isi rumah bagi tahun 2013 direkodkan membelon pada angka RM243.2 juta, menyamai 67.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2002.

Sehingga bulan September tahun lepas, katanya lagi, hutang isi rumah Malaysia terus membelon pada angka RM854.3 bilion menyamai 86.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2013, yang tertinggi di Asia berdasarkan anggaran Bank Dunia.

Selain itu,  Guan Eng turut mengutuk golongan ekstemis tertentu yang didakwa seakan cuba mengekspoitasi sentimen agama Islam dan kepentingan kaum minoriti, demi mengukuhkan politik kekuasaan masing-masing.

Gaun Eng, Rayer dan Ramkarpal turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bantuan kepada golongan terpilih sempena keraian Hari Ponggal.

Dalam perkembangan berasingan, Guan Eng pada majlis sambutan Hari Ponggal Peringkat Negeri di pekarangan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bungah turut menyeru rakyat supaya terus mengamalkan kesederhanaan tulen demi melenyapkan politik perkauman di negeri ini.  

NST tiada 'tanggungjawab kolektif' seperti Malaysiakini, kata Guan Eng

LIM Guan Eng sejurus selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tengah hari tadi dilihat seakan diburu para wartawan untuk mendapatkan respons mengenai cabaran debat daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, semalam.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengaku bahawa New Straits Times tidak mengamalkan 'tanggungjawab kolektif' kerana menyiarkan berita yang bertarikh 3 Disember tahun lepas tersebut, berdasarkan aduan sebelah pihak sahaja.


Guan Eng selaku plaintif pertama berkata, portal berita Malaysiakini.com umpamanya dilihat lebih adil dalam melaporkan insiden samseng mengganggu menyuarat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, kerana turut memetik maklum balas daripada Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy.

“Artikel ini (Indian-interest group claims thugs interrupted meeting) berbeza, kerana Malaysiakini turut memasukkan dua perkara besar, bukan seperti laporan berita NST.

“Pertama, dimasukkan perkataan 'allegedly' (didakwa) yang tidak ditulis dalam laporan NST. Kedua, Yang Arif, adalah mereka (NST) tidak terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada Prof. Ramasamy, seperti dilakukan oleh Malaysiakini.

“Ini, 'tanggungjawab kolektif', di mana respons kedua-dua belah pihak dilaporkan dalam Malaysiakini,” jelas Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan peguam defenden, Keong Wai Hong.

Menurut Guan Eng, NST sekurang-kurangnya perlu mendapatkan respons pihak yang terbabit, iaitu Ramasamy sekiranya tidak dapat menghubungi dirinya, sebelum mengaitkan kedua-dua mereka secara langsung dengan aktiviti samseng tersebut.

“Tiada komen itu adalah komen,” respons Guan Eng lagi kepada Wai Hong, sebelum disoal balas oleh peguam plaintif, Dato' N. Murali.

Ramasamy sebagai plaintif kedua turut memberi keterangan, sebelum Pesuruhjaya Kehakiman YA Dato' Azmi Ariffin menetapkan bahawa perbicaaan bersambung pada 5 dan 6 Mei depan, mulai jam 11.00 pagi.

Wartawan NST, Preedep Nambiar selaku defenden, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) R.S.N. Rayer yang juga pengamal undang-undang turut hadir mengikuti proses perbicaraan tersebut.

Terdahulu, NST dalam beritanya pada 3 Disember tahun lepas antara lain mengaitkan Guan Eng bersama-sama Ramasamy menghantar samseng untuk menghentikan mesyuarat sebuah NGO.

Dalam laporan NST, jurucakap Warga Prihatin Masyarakat India, N. Ganeson mendakwa sekumpulan samseng telah mengganggu mesyuarat NGO mereka.

Katanya lagi, kumpulan samseng itu mengugut mencedera dan menghalang petisyen mengenai isu tempat pembakaran mayat dekat Batu Lanchang daripada dihantar kepada Kerajaan Negeri.

Sambil menyelar kenyataan fitnah itu, Guan Eng dalam satu kenyataan media menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah menggunakan samseng dalam apa jua perkara.

Malah, Guan Eng bukan sahaja mendakwa laporan tersebut berniat jahat, bahkan, beliau turut menyatakan hasrat untuk menyaman NST.

Perbicaraan hari pertama semalam ditangguhkan ke hari ini, selepas pihak pendakwaan memohon untuk membuat pengesahan kesahihan transkrip kenyataan media Guan Eng terlebih dahulu, sebelum proses perbicaraan dilangsungkan.

Kerabat Raja Perlis asas sekolah bina tempat lebih awal di Al-Azhar, kata Zolkifly Md Lazim

SUASANA perhimpunan pelajar Malaysia di Akademi Huffaz Asy-Syariff dekat Nour City Egypt, Mesir.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Amalan federalisme yang memusatkan kuasa secara berlebihan di Putrajaya sedikit banyaknya turut mengakibatkan tiada kebebasan untuk sekolah rendah dan menengah termasuk di Pulau Pinang untuk bergerak dengan lebih dinamik.

ZOLKIFLY Md Lazim
Realiti ini mendorong Zolkifly Md Lazim bersama-sama pasukan korporatnya di bawah pimpinan kerabat Raja Perlis, Y.M. Syed Mohd. Shahlul Syed Mohd. Aziz Jamalullail sejak tiga tahun lepas menubuhkan Akademi Huffaz Asy-Syariff peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan menggunakan silibus pendidikan Universiti Al-Azhar di Nour City Egypt, Mesir.

"Ini projek generasi di mana kita berusaha menyediakan tempat lebih awal untuk anak-anak kita yang berbakat, termasuk dari Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar," ujar Zolkifly yang juga Ahli Lembaga Pengarah akademi tersebut di sini, semalam.

Menurut beliau, Y.M. Syed Mohd. Shahlul sendiri sedang berusaha mencari dana kebajikan untuk membeli sebuah bangun baru di negara berkenaan, yang bernilai RM3 juta.

"Terdekat, saya sendiri sedang mencari jalan untuk membawa 20 anak Pulau Pinang ke summer camp di sana (Mesir), dengan kos RM10,000 seorang.

"Kita mungkin akan bawa berbincang dengan Kerajaan Negeri (Pulau Pinang), yang nak buat projek 'satu rumah satu hafiz (penghafal al-Quran) mulai tahun ini," ujar beliau lagi.

Info lanjut, hubungi Zolkifly di talian 0124810074 atau emel zolpenawar@gmail.com.







Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus