29 January 2015

Guan Eng seru 'Saudara se-Malaysia' kembali bincang masalah negara

RAMKARPAL Singh (paling kiri) dan R.S.N Rayer (dia dari kiri) menyantuni tetamu pada jamuan Hari Ponggal di Kampung Buah Pala, di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SERI DELIMA - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilihat tidak pernah berputus asa dalam menentang politik kebencian, perkauman melampau serta penindasan kepada kaum minoriti, dan kali ini beliau menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini untuk bersamanya dalam menyemarakkan semangat 'Saudara Se-Malaysia' ke arah masa depan tanah air yang lebih bermaruah.

Katanya, semangat 'Saudara Se-Malaysia' ini akan mendorong tiap-tiap rakyat untuk kembali membincangkan mengenai masalah-maslaah besar negara yang didakwa berpunca oleh kepincangan dalam tadbir urus Kerajaan Pusat.

Seruan itu ditujukan kepada rakyat tidak kira umat Islam dan masyarakat bukan Islam, sempena sambutan Hari Ponggal Peringkat Kampung Buah Pala.

“Politik kebencian ini bertujuan untuk mengelak (tiap-tiap rakyat) daripada membincangkan masalah-masalah yang lebih nyata, seperti skandal 1MDB (1Malaysian Development Berhad) atau aliran keluar wang haram yang mencecah RM1.4 trilion antara tahun 2003 hingga 2013.

“Masa depan Malaysia akan terlepas daripada capaian (kekuasaan) BN dan UMNO kerana ia sedang menumpukan kepada usaha menakut-nakutkan kita dan membangkitkan kebencian yang mengurangkan nilai manusia daripada kalangan warga minoriti.

“Kita mesti menghormati hak dan maruah 'Saudara se-Malaysia' yang berkongsi impian keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, serta terkesan dengan masalah-masalah akibat rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, dan Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) turut menyertai keraian bersama-sama komuniti Tamil di sini.

Di bawah tadbir urus Kerajaan Pusat, Guan Eng berkata, hutang isi rumah bagi tahun 2013 direkodkan membelon pada angka RM243.2 juta, menyamai 67.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2002.

Sehingga bulan September tahun lepas, katanya lagi, hutang isi rumah Malaysia terus membelon pada angka RM854.3 bilion menyamai 86.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2013, yang tertinggi di Asia berdasarkan anggaran Bank Dunia.

Selain itu,  Guan Eng turut mengutuk golongan ekstemis tertentu yang didakwa seakan cuba mengekspoitasi sentimen agama Islam dan kepentingan kaum minoriti, demi mengukuhkan politik kekuasaan masing-masing.

Gaun Eng, Rayer dan Ramkarpal turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bantuan kepada golongan terpilih sempena keraian Hari Ponggal.

Dalam perkembangan berasingan, Guan Eng pada majlis sambutan Hari Ponggal Peringkat Negeri di pekarangan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bungah turut menyeru rakyat supaya terus mengamalkan kesederhanaan tulen demi melenyapkan politik perkauman di negeri ini.  

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus