Skip to main content

Posts

Showing posts from March 27, 2017

Guan Eng bimbang hutang Pusat 2016 seakan lebih 55% KDNK

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – RM648.475 bilion hutang Kerajaan Pusat bagi tahun 2016 seakan mencecah 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jika dijumlahkan bersama-sama RM191.085 bilion jaminan hutang oleh Kerajaan Pusat sehingga bulan September tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, rekod kira-kira sebegitu adalah tidak berperlembagaan kerana Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 masing-masing menetapkan had maksimum hutang kerajaan setakat 55 peratus daripada KDNK, manakala, Akta Pinjaman Luar 1963 pula membenarkan hutang luar negara sebanyak RM35 bilion sahaja.

“Laporan The Edge (Malaysia) menunjukkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

“Jaminan (hutang oleh Kerajaan Persekutuan) ini bukanlah sesuatu yang tidak akan berlaku, tengok macam PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), Kerajaan Pusat kena bayar kerana ini adalah jaminan (hutang oleh Kerajaan), maka kena tambah jaminan bersekali (d…