17 February 2013

500 sertai Karnival Bersih Hijau Teluk Air Tawar

Lebih 500 warga setempat sejak pagi tadi menyertai Karnival Bersih Hijau DUN Teluk Air Tawar kehadiran Ahli Majlis MPSP, Syed Rizal Aidid.

Sesi pagi menyaksikan dialog kaum petani bersama Exco Pertanian Industri Asas Tani dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pengarah Institut Peduli Rakyat).

Selain itu, pertandingan Gubahan Kreatif Kaum Wanita dan Merwarna Kanak-Kanak turut diadakan di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Tok Gelam, Tasek Gelugor.

Sebelah petang pula, Santai Anak Muda pula menyusul.

Syed Mikael, Abdul Rahman, Adam Adli (Aktivis Mahasiswa) dan penyanyi lagu 'Selagi Ada Rindu', Pak Long dan Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim.

Syed Mikael mengajak rakyat membantunya merealisasikan polisi Bandar Selamat di Teluk Air Tawar.

Abdul Rahman mengajar rakyat supaya melakukan perubahan dengan menolak rejim Umno Barisan Nasional.

Wakil Hapus mengajar rakyat supaya memastikan berlaku perubahan di Putrajaya kerana dengan perubahan itu boleh merealisasikan Impian Malaya di Pulau Pinang untuk mendapatkan tol jambatan pertama kelak. -END

Najib biar samseng UMNO Pekan terajang siswa, rentap tudung siswi

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri Najib Razak digesa memohon maaf kepada kumpulan mahasiswa yang diserang oleh samseng-samseng UMNO di Pekan, Pahang semalam.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan ganas pihak-pihak tersebut ke atas mahasiswa yang secara tiba-tiba diserang sekumpulan samseng ketika sedang mengedar risalah.

Wakil Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM-13), Ekhsan Bukhari, dilaporkan berkata, “tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung.”

Zairil menyifatkan budaya politik samseng yang dilakukan itu adalah amat keji dan memperlihatkan didikan dan kapasiti minda yang dangkal.

“Apatah lagi apabila ia berlaku di Pekan, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri sendiri. Tidakkah ini memalukan Perdana Menteri, apabila siswa-siswi yang tidak bersalah telah disepak terajang malah ada siswi yang dilaporkan ditarik tudungnya?

“Sebagai Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Tun Razak sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak buahnya untuk berhujah dengan akal. Sebaliknya, mereka hanya mampu menganiaya sekumpulan anak muda dengan kekerasan,” ujar beliau.

Menurut Zairil lagi, DAP menghormati hak mahasiswa yang ingin menyertai proses demokrasi secara langsung, serta hak mereka untuk menyuarakan sebarang bantahan dan tuntutan melalui apa cara sekalipun selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Lagipun, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti di Parlimen tahun lalu tambah mengabsahkan hak mahasiswa untuk berpolitik,” katanya.

Zairil berkata budaya politik samseng UMNO ini amat ketinggalan zaman dan mewajarkan lagi kejatuhan mereka daripada persada politik tanah air.

“Budaya politik samseng ini mesti ditolak, dan UMNO wajar mendidik penyokong-penyokongnya untuk menghormati demokrasi dan berlawan politik secara beradab. Cabaran politik harus disahut dengan hati dan dada yang lapang dan bukan dengan keganasan,” tambah beliau.

“Saya menyeru kepada Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Tun Razak, supaya memperbetulkan kesilapan anak-anak buahnya dan meminta maaf kepada para mahasiswa yang telah dianiaya dengan keganasan yang melampau.” – Roketkini.com

JPJ mahu pasang kamera AES tanpa restu P.Pinang, mengapa?

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengesahkan Kerajaan Negeri menolak rancangan Kerajaan Pusat mahu memasang kamera penguatkuasaan automatik saman rakyat 1Malaysia (AES).

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, penguatkuasaan AES itu menguntungkan syarikat kroni Umno, bukan untuk tujuan keselamatan rakyat.

"Mana ada Kerajaan di dunia ini menswastakan keselamatan rakyat, tetapi Kerajaan Pusat swasta penguatkuasaan AESb ini kepada sebuah syariat kroni Umno.

"Boleh terimakah, Kerajaan Pusat swasta polis? Mana boleh terima kerana tidak pernah mana-mana negara menswastakan keselamatan negara.

"Kalau tak boleh terima keselamatan negara diswastakan kepada mana-mana kroni, patut tak boleh terima Kerajaan Pusat melalui JPJ (Jabatan Pembangunan Jalan) menswastakan AES.

"Lagi banyak saman dikejarkan, syarikat pengendali AES dapat lebih banyak dapat peratus untung," ujar Guan Eng baru-baru ini di Komtar, George Town.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Mohd.Firdaus Md. Ali, bekas Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS), Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPP NPP).

"Rancangan terbaru JPJ tetap mahu pasang kamera AES ini di Pulau Pinang supaya kita fokus mempolemik dalam isu AES ini sampai tinggal agenda penerangan mengenai rekod pencapaian Pulau Pinang sebagai Impian Malaysia.

"Fokus pada agenda rakyat tuntut proses peralihan kuasa secara aman sekarang daripada (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri) sebagai persiapan semasa Umno BN tewas di pilihan raya umum nanti," ujar beliau semasa dihubungi kemudian.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus