19 March 2012

Timb Ketua Polis Daerah Timur Laut P.Pinang meninggal dunia

TIMBALAN Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim hari ini meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) petang ini dipercayai akibat mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata allahyarham yang berumur 54 tahun tiba-tiba terjatuh selepas bermain badminton bersama beberapa rakannya di gelanggang badminton, Jalan Datuk Keramat, George Town.

"Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, allahyarham dikatakan berhenti rehat selepas bermain badminton sebelum mengalami sesak nafas dan rebah.

"Beliau kemudiannya dikejarkan ke HPP dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam sebelum disahkan meninggal dunia," katanya di Bernama.

Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.

Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan esok. -END

'Parasit' pertahan Presiden PAS 'harus kerjasama Yahudi lawan Zionis'

SEORANG 'parasit PAS' hari ini bangkit di Dewan Rakyat bagi mempertahan pendapat fiqh Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai keharusan berkerjasama dengan Yahudi demi melawan Zionis dari terus dimanipulasi oleh wakil rakyat Umno.

Parasit terbabit adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Mohamad.

Dzulkifly bangkit menolak tuduh liar Muhammad kononnya PAS serta Abdul Hadi sanggup menjadi alat pembangkang hatta sanggup bekerjasama dengan Yahudi.

"Bezanya Yahudi dan Zionis sudah diterangkan oleh (Ahli Parlimen) Marang (Abdul Hadi). Apa yang Marang sebut bermuamalat dengan Yahudi berbeza bermuamalat dengan Zionis.

"Jangan buat interpritasi begitu, berdusta dalam dewan," bidas Dzulkefly.

Bagaimanapun, Mohamad Aziz tetap menegaskan Yahudi adalah musuh Islam seperti disebut dalam Al-Quran.

Pergaduhan Ahli Parlimen PAS dan BN bertambah kecoh apabila, Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) menuduh Ketua Pembangkang antara individu yang kuat mempertahankan Israel dan Yahudi.

"Sekarang ni Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) hendak sangat mempertahankan adalah Israel. Israel adalah Yahudi Zionis.

"Kalau maksud Marang boleh berniaga dengan Yahudi adakah dia bermaksud boleh berdagang dengan Israel?

"Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel dia patut ambil tindakan suruh Permatang pauh Tarik balik," katanya.

Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pula bangun membidas Zulkifli Nordin dan menegaskan kerajaan BN lah yang sepatutnya menjawab apa yang dibangkitkan wakil rakyat bebas itu.

Kemudian Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (PAS) menyebut 'Apco' berulang-ulang kali ditambah pula masing-masing Ahli Parlimen bersuara, menyebabkan dewan kecoh seketika.


"Lepas bergaduh, di luar sana mereka berpeluk cium," seloroh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee. -END

AMK cabar Najib ambil cuti, kempen rampas Selangor

DATUK Seri Tun Razak (atas) bukan sahaja dicabar mengambil cuti sebagai perdana menteri lalu berkempen bagi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Malah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini turut mencabar perdana menteri itu supaya ikhlas dalam politik dengan berhenti dari membohongi rakyat kononnya kononnya Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan Umno Barisan Nasional untuk menempah dewan di negeri berkenaan.

"Najib Tun Razak bukan sahaja tidak menunjukkan bukti sewa dewan ditolak atau dihalang, malah cuba untuk mengaut simpati daripada pengundi bahawa UMNO/BN dibuli oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," kata ketua penerangannya Lee Khai Loon.

Harus kerjasama dengan Yahudi lawan zionis diperjelas oleh Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan Presiden Pas ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat Pas di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara.

Pertamanya kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka. Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis.

Keduanya, dikalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodok sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan Negara Israel diatas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri. Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada diantara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut.

Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut. Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah dizaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika.

Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat. Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden Pas dan disambut oleh Mursyidul Am secara tegas bahawa Pas menolak kewujudan negara Haram Israel. Malah Presiden Pas juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam.

Oleh itu tidak timbul soal Presiden Pas memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam.

Mohd Nasaie Ismail
Setiausaha Akhbar Presiden Pas.

Rakaman video dedah Guan Eng tidak pinggir mana-mana kaum

RAKAMAN ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pada 14 Mac lepas yang didedah hari ini nyata tidak bermaksud untuk meminggirkan masyarakat India seperti yang dituduh oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.

Justeru, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari (kiri) menasihatkan Shaik Hussein supaya memohon maaf secara terbuka.

"Buktinya (rakaman video) telah didedah di sini.

"Kita akan memuat naik dalam youtube. Diharap dia (Shaik Hussein) (akan memohon maaf secara terbuka," ujar Zairil di Komtar, George Town.

Kuasa mutlak bawa Mat Sabu ke Kedah bukan di tangan saya: Azizan

CADANGAN membawa pemimpin demokratik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) turut menerima reaksi spontan daripada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri berdalih kononnya beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membantu kawasan-kawasan PAS tertentu membawa pulang 'pemimpin marhaen' berkenaan.

Reaksi itu selepas pentadbiran Azizan yang dikatakan kurang demokratik serta 'mesra' Umno sehingga mendesak PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu.

"Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang.

"Apa kuasa saya, saya bukan presiden PAS, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu," dalih Azizan, kelmarin, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PAS Kedah.

Rekod tanding Mohamad yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" sebenarnya tidak wajar dilihat sebagai 'calon luar' Kedah.

Ini kerana, Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal sejak 1999.

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut dicadangkan untuk bertanding di DUN Bayan Lepas bagi memperkukuh kepemimpinan PAS dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng. -END

Politik fitnah Anwar yakinkan Umno rampas Permatang Pauh?

Umno yakin mampu merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Keyakinan itu mungkin bertitik tolak dari politik fitnah saban hari melalui media arus perdana yang ditujukan khusus kepada Anwar.

Justeru, Pengerusi Bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berdalih, perubahan di parlimen tersebut akan berlaku berdasarkan maklum balas positif yang diterima oleh Umno.

"Maklum balas yang kita terima berbeza, ada sesetengah daripada mereka yang kita lihat hendak beritahu sesuatu berdasarkan gerak tubuh yang ditunjukkan dan itu satu perkembangan yang positif.

"Justeru, bagi menarik sokongan lebih ramai pengundi, kita akan memperbanyakkan aktiviti di kawasan hitam dan kelabu kerana kawasan kelabu ini kebanyakan pengundinya adalah golongan atas pagar.

"Kita mahu putihkan kawasan kelabu dan kelabukan kawasan hitam," ujarnya dalam takliman Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 di Permatang Pauh.

76 mangsa pemerdagangan selamat bukti integriti penguatkuasa P.Pinang

76 mangsa pemerdagangan yang berjaya diselamatkan di George Town malam kelmarin sekaligus menyerlahkan imej penguatkuasa di Pulau Pinang berintegriti serta proaktif.

Jabatan Imigresen Pulau Pinang mendedahkan, mereka termasuk 42 warganegara Vietnam dan Nepal yang bekerja dengan syarikat kontraktor pembersihan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Timbalan pengarahnya, Roslan Wan Chik berkata siasatan awal mendapati, warga asing berkenaa ada yang tidak dibayar gaji.

Itu. tidak termasuk dua daripadanya yang mengaku dipukul oleh majikan gara-gara mengadu mengenai tempat penginapan asrama yang tidak selesa.

"Jabatan Imigresen akan menyiasat dakwaan dua mangsa itu dengan lebih lanjut dan berkemungkinan akan membawa mangsa terbabit melakukan pemeriksaan di hospital serta membuat laporan polis.

Operasi banteras pemerdagangan manusia ini di dua sebuah rumah dekat Jalan Tull dan Jalan Ismail Che Matt. -END

Sanusi diam tapi Phahrolrazi kata konspirasi 'pihak ketiga' wujud

Di sebalik usul Pemuda PAS Kedah mahu merombak semua ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Usul tergempar itu dikatakan untuk menyingkir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah II) dari jawatan masing-masing.

Walaupun Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Seri Azizan Razak telahpun menolak usul tersebut sekarang, tindakan itu lebih dilihat sebagai tindakan "psikologi balikan" untuk memulihkan imej peribadinya sahaja.

Ini kerana, pentadbiran Azizan yang dikatakan "mesra Umno" serta bersifat kurang demokratik sebelum ini oleh khalayak telah mendesak campurtangan PAS Pusat hatta ditubuhkan Jawatankuasa Pemandu di negeri berkenaan.

Usul kontroversi itu bagaimanapun masih belum mendapat reaksi Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahaya serta timbalannya Mohammad Sanusi Md Noor.

Sanusi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah mungkin tahu siapakah dalang sebenar yang cuba ingkar dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat mahu dua Exco (Phahrolrazi dan Dr Ismail) kekal dalam kepemimpinan kerajaan negeri dan PAS negeri.

Beliau juga mungkin tahu siapakah dalang di sebalik kenyataan "psikologi balikan" yang begitu menyerlah pada tindakan Azizan semalam.

Hakikat mengenai perenan Pemuda PAS Kedah sebagai pihak ketiga di sebalik konspirasi ini turut mendapat reaksi spontan serta seakan diakui Phahrolrazi sendiri.

"Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan benar-benar faham.

"Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku," ujarnya.

Pun begitu, Phahrolrazi tetap menyuarakan pendapat yang positif mengenai Azizan demi memulihara imej Islam, parti dan kerajaan negeri. -END

Menteri Umno akui hubungan Najib Razak, Israel?

MENTERI Umno akhirnya mengakui bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel.

Pengakuan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed hari ini sekaligus mendedahkan penipuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Tapi, itu bukan bermakna kita (kerajaan Umno Barisan Nasional pusat) mengiktiraf negara tersebut.

"Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana ia menindas rakyat Palestin. Namun, kita tidak pernah sembunyi kita ada menjalankan perniagaan dengan negara itu," Mustapa berdalih.

Lebih sebulan lepas, pentadbiran Najib dilihat enggan mengulas mengenai kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Kelang seperti yang didedah NGO mesra PKR bernama Jingga 13.

Pentadbiran Najib turut dilihat mengelak dari mengulas mengenai Malaysia membekalkan minyak sawit Felda dan Sime Darby ke negara haram tersebut.

Isu tiga surat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjalinkan hubungan dengan tiga perdana menteri Israel yang didedah turut tidak direspons oleh pentadbiran Najib.

Selepas begitu banyak pendedahan mengenaik hubungan Najib dengan Israel, Mustapa baru membuat pengakuan.

Bagaimana dengan kejujuran Najib sendiri?

Rafizi mati, basikal RM30,000 remuk langgar lari!

Rafizi Hamdan, 37 mati terbunuh apabila basikalnya dilanggar lari di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2 berhampiran Taman Melawati dekat Ampang Jaya semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.50 pagi selepas basikal bernilai RM30,000 dirempuh oleh kereta jenis Proton Saga.

Mangsa bukanlah peribadi yang mendedahkan mengenai skandal penyelewengan RM250 juta dana projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil (Ketua Wanita Umno merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Peribadi itu bernama Rafizi Ramli, Ketua Strategis PKR. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus