TIMBALAN Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim hari ini meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) petang ini dipercayai akibat mengalami sesak nafas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata allahyarham yang berumur 54 tahun tiba-tiba terjatuh selepas bermain badminton bersama beberapa rakannya di gelanggang badminton, Jalan Datuk Keramat, George Town.
"Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, allahyarham dikatakan berhenti rehat selepas bermain badminton sebelum mengalami sesak nafas dan rebah.
"Beliau kemudiannya dikejarkan ke HPP dan diberikan bantuan pernafasan selama lebih sejam sebelum disahkan meninggal dunia," katanya di Bernama.
Allayarham Ahmad Bakhtiar, yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 20 tahun, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki.
Jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah untuk disemadikan esok. -END
Woi Pakaq, kaw bukan anti polis ke? Kaw bukan komunis yang sokong polis Melayu dibunuh di Bkt Kepung ke? Kaw dan Mat Sabo sama saja, parasit!!!!
ReplyDeletewow..best nye bahasa tentera Allah
ReplyDelete