19 March 2012

Kuasa mutlak bawa Mat Sabu ke Kedah bukan di tangan saya: Azizan

CADANGAN membawa pemimpin demokratik seperti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) turut menerima reaksi spontan daripada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri berdalih kononnya beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membantu kawasan-kawasan PAS tertentu membawa pulang 'pemimpin marhaen' berkenaan.

Reaksi itu selepas pentadbiran Azizan yang dikatakan kurang demokratik serta 'mesra' Umno sehingga mendesak PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu.

"Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang.

"Apa kuasa saya, saya bukan presiden PAS, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu," dalih Azizan, kelmarin, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PAS Kedah.

Rekod tanding Mohamad yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" sebenarnya tidak wajar dilihat sebagai 'calon luar' Kedah.

Ini kerana, Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal sejak 1999.

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut dicadangkan untuk bertanding di DUN Bayan Lepas bagi memperkukuh kepemimpinan PAS dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus