27 November 2015

Ayah kerja apa?

Kita boleh tanya anak kita sendiri, jika ingin tahu atau biarkan cikgu Tadika ABS bertanya mereka pada sesi interaksi pra persekolahan nanti.
Jika mata hitam anak kecil naik ke atas, karektor anak ini adalah visual. Di tadika, beliau lebih mudah belajar dengan gambar.
Jika mata hitam di tengah-tengah, karektor anak ini adalah auditori, mendatar semasa berfikir. Apa yang didengar di tadika, akan lebih mudah dipelajari dan difahami.
Jika anak itu tidak duduk diam dengan soalan cikgu di tadika, barangkali karektornya adalah kinestetik. Ajak lah anak ini berbicara sambil disentuh-sentuh kepala dan tangannya, beliau akan memberi jawapan atas soalan  kita itu. Lagi umum soalan cikgu, lagi rumit jawapannya kerana anak yang berkarakter sebegini suka memikirkan sesuatu yang kontekstual. Jawapan yang konkrit boleh menajamkan karektornya dalam pelajaran.
"Kenali karektor anak kita, kita akan banyak belajar bagaimana untuk mendidik mereka."

Pengakuan Azmin serlahkan lima ADUN PKR bertindak sendiri, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATUK KERAMAT - Kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti KeADILan Rakyat (PKR) didakwa "bertindak sendiri" tanpa terlebih dahulu berkomunikasi sama ada dengan pemimpin mereka dalam Kerajaan Negeri atau di peringkat pusat.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa mengulas mengenai pengakuan Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali yang menolak dakwaan bahawa ada pemimpin pusat parti itu mengetahui lebih awal hasrat kelima-lima ADUN terbabit untuk berkecuali dalam usul penambakan laut pada persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya rasa itu lah yang mereka (kelima-lima ADUN) buat sendiri, pemimpin mereka sendiri pun tak dimaklumkan.

"Maka, kita yang dalam Kerajaan (Negeri) berasa adalah luar biasa, dan saya ingat PKR akan uruskan partinya (mengenai tindakan kelima-lima ADUN itu) sendiri dan saya tidak akan masuk campur," jelas Lim Guan Eng kepada wartawan, selepas berucap pada Majlis Pelancaran Pembinaan Taman Kejiranan Lengkok Penang Free School di sini pagi tadi.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang  (MBPP), Dato' Pathiyah Ismail turut berucap pada majlis itu.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng  turut mempersoalkan tindakan Ketua Whip PKR Negeri, Ong Chin Wen yang dikatakan masih enggan melafazkan sokongan kepada kepemimpinan partinya dalam Kerajaan Negeri, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon.

Katanya, pendirian Mohd. Rashid dan tiga  pemimpin lain PKR bersama-sama menolak usul yang dikemukakan oleh pembangkang kerana mereka mengetahui risiko bankrap yang terpaksa ditanggung oleh Keredaan Negeri.

Semalam, Guan Eng menegaskan bahawa Kerajaan Negeri kemungkinan terpaksa membayar pampasan berbilion ringgit sehingga terdedah pada risiko bankrap, jika projek tambakan laut oleh pemaju terbabit ditangguhkan.

Maka baginya, Pengerusi Biro Penyelarasan Ahli Parlimen & ADUN PKR, Datuk Johari Abdul kemungkinan tidak sedar risiko bankrap yang bakal ditanggung oleh Kerajaan Negeri, semasa memberi ulasan bahawa tindakan kelima-lima ADUN terbabit hanya pengundian mengikut suara hati (conscience vote) berkaitan isu alam sekitar, bukan partisan.

"Walaupun BN meluluskan 3,241 ekar (1311.59 hektar) tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar (301.895 hektar) ditebus guna.

"Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang (pemaju) E & O (Development Sdn Bhd) boleh menyebabkan Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion.

"Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.

"Dengan itu, mengapa perlu kerajaan negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya," tanya Guan Eng yang juga ADUN Air Putih.

ADUN Teluk Bahang, Sr. Muhamad Farid Saad pada 20 November lalu mengemukakan usul supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, maklum balas awam dan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA).

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali.

Lima Adun PKR yang berkecuali semasa proses pengundian adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban).

Usul itu turut disokong ADUN DAP bagi kawasan Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Bagaimanapun, Yee Cheu kemudiannya memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media, selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus