19 March 2014

"Sepatutnya MH370 hanya hilang 5 minit sahaja dari radar"

GEORGE TOWN - Transponder kapal terbang MAS jika ditutup secara manual oleh juruterbang sekalipun, ia hanya hilang kurang lima minit dari radar konvensional mahupun tentera.

Juruterbang veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang enggan identitinya diketahui khalayak memberitahu, radar secara automatik akan tetapi boleh mengesan satu-satu penerbangan kerana itu ciri-ciri keselamatan standard.

"Sangat aneh penerbangan boleh hilang daripada radar.

"Sepatutnya MH370 hanya hilang 5 minit sahaja dari radar.

"Mungkin kapal terbang itu tak terbang atau Putrajaya tidak memberitahu info sebenar," ujar sumber awal pagi tadi.

Ditanya kemungkinan insiden MH370 gagal dijejaki sejak Sabtu dia minggu lepas, sumber enggan mengulas lanjut.

"Sudah banyak ulasan rakyat yang lebih rasional daripada alasan Putrajaya," respons sumber.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus