Skip to main content

Posts

Showing posts from July 18, 2014

Putus hubungan dagang 'kerajaan dengan kerajaan' Israel demi Palestin, tegas rakyat P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Putrajaya didesak memutuskan hubungan perdagangan dengan Zionis Israel jika benar minyak sawit negara ada diekspot ke pelabuhan Ashod dan pelabuhan Haifa di negara haram tersebut.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, usaha memboikot produk berkaitan Israel wajar secara holistik membabitkan pengguna dan kerajaan sendiri.
“Kita menuntut semua pemimpin negara umat Islam yang ada hubungan perdangangan dengan Israel supaya putuskan hubungan serta merta, (kerana) hubungan perdagangan ini (seakan) iktiraf negara haram itu," tegas Abdul Malik dalam satu demontrasi aman di perkarangan Masjid Kapitan Keling di sini baru-baru ini.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin pula meminta rakyat mengguna kuasa pengguna untuk memboikot produk berkaitan negara haram tersebut, demi memerdekakan warga Palestin di bumi bergolak Gaza.
“Kalau perlu…

Bendera separuh tiang untuk MH17, Guan Eng tuntut keadilan dunia

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri turut mengadakan upacara mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari, sebagai mengingati nahas maut kapal tebang negara MH17 di ruang udara Ukraine pagi tadi.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya menuntut keadilan dunia ke atas semua kehilangan jiwa, yang dianggap sebagai suatu tragedi pembunuhan.
"Ini merupakan pembunuhan zalim beramai-ramai kerana tiada faktor (atau) masalah teknikal. Kita tuntut keadilan dunia untuk semua mangsa dalam tragedi ini," Guan Eng di sini, tengah hari tadi.
Menurut Guan Eng, upacara tersebut turut sebagai penghormatan kepada kesemua mangsa yang terbabit dalam insiden kehilangan pesawat MH370, sebelum ini.
Semua Exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan serta agensi kerajaan turut serta pada himpunan tersebut.
Sebelum itu, Mufti Pulau Pinang Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memimpin bacaan doa selamat untuk kesemua mangsa serta rakyat Pulau Pinang supaya dibe…