18 May 2018

Saifuddin Nasution ke mana?




KE mana Datuk Saifuddin Nasution Ismail, tanya seorang penyokong kuat kepada bekas Penasihat Strategik Ketua Menteri itu tadi.

Saifuddin, Setiausaha Agung PKR berjaya menyandang kembali kerusi Parlimen Kulim - Bandar Bharu; selain kekal kemenangan di kerusi DUN Pantai Jerejak.

Sebelum pilihan raya, ura-ura Saifuddin akan menjadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru.

Apabila Pakatan Harakan kekal menang di Pulau Pinang dan merampas Putrajaya pada 10 Mei lalu, saya masih menyangka yang Saifuddin akan menjadi Timbalan Ketua Menteri I di negeri ini.

Apabila Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengumumkan kerusi itu akan diisi oleh wakil rakyat yang lain dari PKR, saya membayangkan dua susuk tubuh sahaja. 

Pertama, Dr Afif Bahardin yang berjaya menyandang kerusi DUN Seberang Jaya, kerana Timbalan Ketua AMK nasional itu ada pengalaman sepenggal sebagai Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Kedua, tentulah Ketua Cabang PKR Balik Pulau Dato’ Abdul Halim Hussain. Abdul Halim ada pengalaman sepenggal sebagai Speaker DUN Pulau Pinang, selain agak ‘lama’ dalam PKR Pulau Pinang.

Seperti yang diketahui semua, Kon Yeow mengumumkan Dato’ Ir. Zakiyuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang baru. 

Di Pejabat Penerangan, rakan setugas berkata, “Haji Zakiyuddin adalah TKM1 yang ketiga, harap beliau kekal sekurang-kurangnya dua penggal selepas ini untuk jawatan ‘keramat’ itu.”

Bagi saya secara peribadi, “Haji Zakiy” sangat layak sebab layar belakang profesionalisme beliau yang sebelum ini terbukti sukses.

Sedang saya masih tertanya-tanya “Ke mana Datuk Saif...?”

Seorang teman dari HQ PKR di Tropicana, Selangor baru sebentar tadi memberitahu, “Datuk Saif mungkin ke Putrajaya...untuk jawatan Menteri.”

“Nurul Izzah?” tanya lanjut saya menerusi telefon.

Menurut sumber, Nurul Izzah memang layak menjadi Menteri, cuma Sdr Anwar Ibrahim tidak mahu puteri sulungnya itu dalam kabinet Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir.

“Takkan Nurul (Izzah) pun nak duduk dalam kabinet bersama sama isteri Pak Sheikh (iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri),” responsnya. 

Saya jadi respeks dengan Sdr Anwar secara politik dan secara peribadi. Sikapnya mencerminkan beliau matang. 

Kalau Nurul Izzah pun menjadi Menteri, mungkin lebih panas reaksi natizen, yang ketika ini begitu lantang mengkritik Dr Mahathir mengumumkan dirinya sebagai Menteri Pendidikan.

Ke kementerian mana Saifuddin, saya sendiri tidak tahu. 

Kalau tidak mengetuai mana-mana kementerian, tapi dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ataupun Timbalan Menteri di JPM (bahagian perundangan), saya berharap Saifuddin berusaha melepaskan Ustaz Wanji Wan Hussein yang bakal menjalani hukuman penjara 9 bulan di bawah Akta Hasutan.

Jangan tanya saya lah Ustaz Wanji masih kekal di Pulau Pinang atau kembali ke Kuala Lumpur? 

Saya hanya berdoa yang baik-baik untuk sahabat saya itu. 

Amin. 

Change.org lancar bantahan Dr M jadi Menteri Pendidikan




NATIZEN ramai yang membantah Perdana Menteri Ketujuh mengumumkan dirinya sebagai Menteri Pendidikan.

Tun Dr Mahathir Mahathir didakwa bertindak menyimpang daripada Manifesto Pakatan Harapan.





Kalau saya berada dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pun, akan saya berdalih “kami fikir Dr Mahathir hanya dihalang pegang menteri kewangan.

Secara politik, tentu saya tidak akan bercakap sesuatu menyalahi Dr Mahathir. 

Kekhilafan hanya akan membantutkan proses agihan kerusi Menteri dll sahaja, silap-silap akan merugikan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau saya wakil rakyat daripada parti massa itu. 

Saya membayangkan semua ahli politik dalam Pakatan Harapan akan lebih menjaga kepentingan sendiri berbanding kepentingan awam, supaya tidak terikhtilaf dengan Dr Mahathir.

Maka, tidak ada banyak sangat yang kita boleh mengharapkan kepada amalan politik sebegini. 

Justeru, bagi yang tidak setuju Dr Mahathir melantik dirinya sebagai Menteri Pendirikan, mungkin boleh menyalurkan protes anda secara petisyen atas talian.

Klik   Change.org   untuk memberi sertai kempen “Mengasingkan jawatan Menteri Pendidikan daripada Perdana Menteri.

Jom!

Punca Ummi Hafilda bengang dengan Izzah Anwar...




PATUT apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak bersetuju pengkritiknya ditahan polis, semua isu berbangkit selesai.

Tidak ada lah ‘rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi’.

Teguran Nurul Izzah Anwar, puteri sulung kepada Sdr Anwar Ibrahim itu agar pentadbrian Perdana Menteri Ke-7 kini lebih demokratik, serta kebebasan bersuara lebih subur.

Saya pun tidak fikir Nurul Izzah cuba menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap Dr Mahathir, seperti yang digambarkan oleh adik beradik kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Tak patut tulisan sebegini ada di Facebook Ummi Hafilda Ali.

Kalau benarnya Izzah menentang Dr Mahathir, lebih afdhal penentangan itu datang daripada tubuh bakal perdana menteri ke-7 Malaysia.

Sdr Anwar lebih besar pengaruhnya, cuba penjara mengekang untuk beliau diangkat sebagai perdana menteri sahaja pada PRU14 ini.

Apa pun, semoga Dr Mahathir dan Sdr Anwar Ibrahim dapat mengurus perbezaan politik sentimental masing-masing walaupun Di atas satu bukit, mana boleh ada dua singa...

Setuju?

Di atas satu bukit, mana boleh ada dua singa...



SALAH satu yang baik selepas rejim kleptokrasi tumbang, masyarakat sivil sudah tidak takut lagi untuk menegur Perdana Menteri Ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini melaporkan,  Peguam, MP bidas polis kerana tahan pengkritik Dr M.

Paling jenaka, tulisan status Ustaz Wan Ji semacam mengusik Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Tuan Haji Momahad Sabu, yang kini adalah Menteri Kewangan.

Di Facebook tadi, ada saya terbanyak kicauan Twitter Dr Mahathir yang tidak setuju pengkritiknya ditahan polis.



Sementara menanti solat fardhu Jumaat di Masjid Cina, George Town, tentulah saya menzahirkan kegembiraan mengenai perkembangan terbaru pada sikap Dr Mahathir. 

Seorang pegawai di Pejabat Mufti Pulau Pinang, yang saya kira ahli Pan Malaysian Islamic Party, memberitahu Dr Mahathir suka tidak suka mesti memperlihat dirinya jauh lebih bagus berbanding ‘bakal perdana menteri Malaysia ke-8’ yang ketika ini telah bebas.

Sekali sekala, walaupun Presiden Pan Malaysian Islamic Party nampak semacam biol dan melampau, rasional juga pendapat ahli parti Islam seperti kawan saya ini.

Teringat telahan Exco Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) nasional waktu bersama-sama bersahur di Nasi Kandar Beratoq dekat TM Bagan, malam tadi.

“Di atas satu bukit mana boleh ada dua Singa,” seloroh beliau. 

END

Kon Yeow harap mutu khidmat pelanggan penuhi ekspektasi rakyat


(Depan, Dari Kiri) FARIZAN Darus, Ketua Menteri dan Zulkifli Long selepas Mesyuarat Taklimat Khas Hal Ehwal Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (DTL) di tingkat 51 Komtar, di sini pada 11 pagi tadi. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap mutu khidmat pelanggan di semua jabatan negeri terus diperbaiki serta ditingkatkan lagi, selari dengan ekspektasi rakyat yang mahu melihat perubahan yang lebih besar dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini.

Atas maksud itu, katanya, lawatan sulung kerja ke Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (DTL) di tingkat 51, Komtar di sini pada 11 pagi tadi, mungkin akan dilanjutkan ke jabatan-jabatan negeri yang lain pada masa depan, selain turun padang menyaksikan sendiri keadaan sebenar rakyat di kelima-lima daerah di negeri ini.

"Cabaran pada hari ini sangat besar dan ekspektasi rakyat juga sangat tinggi, sejajar dengan harapan rakyat jelata di Daerah (Timur Laut) ini," jelas Kon Yeow yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang kepada pemberita.

Sebelum itu, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Tanjong, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus, diberi taklimat mengenai hal ehwal pentadbiran sekitar DTL oleh Pegawai Daerah Zulkifli Long sendiri.

ADUN Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari yang juga Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir; ADUN Pulau Tikus, Lee Cun Kit; ADUN Komtar, Teh Lai Heng; ADUN Pengkalan Kota, Gooi Zi Sen; ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim; ADUN Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid; dan ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang turut sertai majlis taklimat khas mengenai DTL bersama-sama Ketua Menteri tersebut.

Rombongan Kon Yeow turut dibawa bertemu serta mendapatkan maklum balas langsung daripada para pegawai serta kakitangan sokongan di Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (DTL) di sini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus