06 December 2013

Pandai perwakilan Johor tikam belakang Najib demi Muhyiddin...

Adakah tanah KTM dekat Tanjung Pagar diserah kepada Lim Kuan Yew secara percuma?

Takkan Kuan Yew pun ugut Najib guna gambar sulit Altantuyaa Sharibuu yang dibom C4?

Itu yang grup Muhyiddin Yassin kembali kecoh bertanya dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) apabila perwakilan Johor bangkit mendesak Najib Razak untuk menyemak kesahihan Akuan Bersumpah (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim.

SD 31 muka surat itu antara lain menyebut bahawa beratus juta ringgit bertukar tangan sebelum didepositkan dalam akaun bank di Singapura ekoran pembicaraan status Pulau Batu Putih.

Mat Zin mendakwa Ghani Patail sengaja mengabaikan kes berkenaanm.

Mat Zin turut menggesa pihak berkuasa menyiasat sebab sebenar kehilangan pulau itu kepada Singapura.

Satu segi, langkah perwakilan Johor itu nampak macam nak menunjukkan bahawa Umno serius dalam isu yang membabitkan pengkhianatan negara.

Dati segi yang lain pula, langkah perwakilan Johor itu nampak mencuit Najib kerana tanah Tanjong Pagar terang-terang diserahkan kepada Cina Lim Kuan Yew.

Muhyiddin lebih mengetahui apakah motif di sebalik tindak tanduk perwakilan Johor itu kerana Muhyiddin adalah orang Johor dan bakal perdana menteri kita.

Isu Samseng: KM nekad saman fitnah NST

GEORGE TOWN – News Straits Times berdepan tindakan saman fitnah gara-gara menyiarkan laporan berunsur fitnah ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri I, Prof. P. Ramasamy.

"Sebar berita palsu itu adalah tidak bermoral. Saya akan serah terus kepada peguam untuk tindakan saman NST," ujar Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.

Selain Ramasamy, hampir semua Exco Kerajaan Negeri hadir pada sidang media tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menggunakan budaya samseng semasa menghadapi mana-mana pihak.

Terdahulu, N. Ganesan yang mewakili komuniti India mengaku pihaknya menerima ancaman daripada sekumpulan samseng semasa berlangsungnya mesyuarat bagi menuntut Guan Eng menambah baik kemudahan di tapak pesemadian mereka di Batu Lanchang.

Ekoran itu, News Strait Times dalam laporannya mengaitkan aksi samseng itu dengan Guan Eng dan Ramasamy, hingga mengundang tindakan saman fitnah.

Jom beramai-ramai ke...

Majlis Pelancaran Borang Permohonan Baru
Rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah
& Rumah Mampu Milik Pulau Pinang

Sabtu & Ahad
14 & 15 Disember 2013
9.00 pagi hingga 3.00 petang

Ruang legar Tingkat 3, Komtar.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus