GEORGE TOWN – News Straits Times berdepan tindakan saman fitnah gara-gara menyiarkan laporan berunsur fitnah ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri I, Prof. P. Ramasamy.
"Sebar berita palsu itu adalah tidak bermoral. Saya akan serah terus kepada peguam untuk tindakan saman NST," ujar Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.
Selain Ramasamy, hampir semua Exco Kerajaan Negeri hadir pada sidang media tersebut.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menggunakan budaya samseng semasa menghadapi mana-mana pihak.
Terdahulu, N. Ganesan yang mewakili komuniti India mengaku pihaknya menerima ancaman daripada sekumpulan samseng semasa berlangsungnya mesyuarat bagi menuntut Guan Eng menambah baik kemudahan di tapak pesemadian mereka di Batu Lanchang.
Ekoran itu, News Strait Times dalam laporannya mengaitkan aksi samseng itu dengan Guan Eng dan Ramasamy, hingga mengundang tindakan saman fitnah.
No comments:
Post a Comment