22 April 2013

'DAP nak wujud Negara Kristian' lawak antarabangsa Umno :Khairul

"Saya, Khairul Ishak bukan Cina. Kalau DAP parti Cina, Melayu tidak boleh sertai parti masa depan ini."

Itu jawapan 'DAP Melayu' dalam ceramah politik di Kampung Baru, Parlimen Bukit Mertajam semalam.

Khairul berkata beliau terpanggil membantu Steven Sim Chee Keong sebab calon DAP bagi Parlimen Bukit Mertajam itu tidak minum arak macam orang-orang Melayu.

"Dah macam Melayu dah Steven ini. Dia (Steven) selalu kata, DAP bukan parti perkauman atau parti agama.

"DAP, parti untuk semua rakyat Malaysia yang menjunjung perlembagaan termasuk menggalakkan Islam sebagai agama persekutuan," ujar beliau.

Peruntukan agama Islam era Umno 2008 sebanyak RM25.49 juta saja.

Peruntukan agama Islam era tadbir Kerajaan Pulau Pinang pula bermula 2009 sebanyak RM35.78 juta, diikuti RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012) dan RM164 juta (2013).

Tidak cukup dengan itu, 13 tahun masalah tanah wakaf kubur Jelutong gagal diselesaikan oleh Umno diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Patut Umno lebih banyak beri peruntukan kepada orang Islam, bukan Cina DAP yang dikatakan anti Melayu atau anti Islam ini," ujar Khairul.

Khairul kata, ramai tidak tahu DAP mempunyai paling ramai wakil rakyat berketurunan India meskipun kebanyakan ahli parti masa depan itu berketurunan Cina.

"Dulu orang Melayu memang takut sebab Umno kata DAP ini parti Cina komunis yang tiada agama.

"Umno kata begitu sebab ikut cakap penjajah (British). DAP bukan faham komunis. DAP mahu melahirkan rakyat Malaysia yang tulen atas asas demokrasi sosial dengan mengambil jalan tengah dalam aspek ekonomi, politik dan kemasyarakatan," ujar Khairul lagi.

Khairul ketawa apabila DAP disebut mahu mewujudkan Malaysia sebagai 'Negara Kristian' jika Umno BN tewas dalam PRU13 nanti.

"Pemimpin Umno yang kaki rasuah, kaki kroni pun kita (sebagai) orang Melayu tak ikut. Takkan Melayu nak ikut Kristian...'DAP nak tubuh negara Kristian' itu lawak antarabangsa Umno," sindir Khairul sambil ketawa.

[Kapsyen: Gambar di bawah adalah antara risalah berunsur provokasi pihak pembangkang Pulau Pinang yang disebar dalam kawasan penempatan Melayu sejak malam kelmarin.]

Hadi umum lepas Sg.Acheh, Kota Damansara dalam 'rundingan'

Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera diserah kepada PAS Terengganu, manakala, PKR diberi laluan bertanding 'satu lawan satu' di Parlimen Labuan, Dun Sungai Acheh (Puau Pinang) dan Panti (Johor).

Manakala Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan meneruskan rundingan mengenai status Dun Kota Damansara yang ditandingi oleh Presiden PSM, Dr Nasser atas tiket PKR.

Itu antara pengumuman Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Media PAS dekat Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Hadi, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS kelak.

Berpresidenkan dia seorang pun cukup, tak perlu lagi musuh yang lain

Dia sendiri yang menurunkan tanda tangan atas warkah Dr Nasser masa ikut perancangan tanding atas tiket PAS sebelum ini.

Selepas itu, keluarkan satu lagi warkah kepada calon PAS di Dun Kota Damansara.

Tak cukup dengan itu, hina ahli potitik lain yang sama-sama buat kerja lawan kezaliman Umno.

“Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," ujar dia youtube.

Kawan dia kata lain.

Saya tak anggap dia tersalah terima nasihat menantu. Saya rasa dia memang nak buat macam itu.

Baru sebentar tadi, seorang veteran PAS dari Subang call saya. Saya ingat orang tua tu nak maki selepas baca Kerajaan Pas Terengganu tumbang gagal kikis ego Hadi.

Veteran itu kata, "berpresidenkan dia seorang pun cukup, tak perlu lagi musuh yang lain."

Bunga Chong Eng, Steven Sim hiburkan hati Hajjar


SUDAH lima hari Isteri saya, Hajjar Hassan kembali masuk Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau dijadual melalui kimoterapi ICE selama tiga bulan.

Kimoterapi ABVD enam bulan lepas nampaknya tidak menyembuh barah kelenjar darah (cancer hodgkin lymphoma) tahap empat Hajjjar sepenuhnya.

Pagi tadi, ada jambangan bunga menghibur hati Siti Hajjar.

Terima kasih Chong Eng dan Steven Sim Chee Keong. Sibuk-sibuk kempen PRU13, masih ingat isteri saya.  

'Aung San Suu Kyi ' M'sia dikecam sebab sokong kezaliman Najib Razak



Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.

Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.

Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.

Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.

Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.

Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.

Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.

Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.

Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.

Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.

Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.

Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.

Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.

Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara.

Sumber: Kedah La Nie

[Youtube] Anwar perjelas punca 3 penjuru di Sg. Acheh


Percaturan che'GuBard di kawasan Dun Sungai Acheh merupakan keputusan kepemimpinan Pakatan Rakyat pusat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PKR itu berkata, Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) ada member isyarat bahawa PKR bertanding di kerusi berkenaan bagi mengelak persaingan tiga penjuru.

"Kalau tidak, saya tak letak (che'GuBard), saudara," ujar Anwar di Sungai Acheh.

che'GuBard dicabar oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan penyandang, Datuk Zakaria Mahmud (Umno).

Bela gadis Melayu yang dirogol pemimpin Umno bawa Guan Eng ke penjara



SAYA ada seorang kawan, DAP Melayu.

KHAIRUL Ishak
Nama dia Khairul Ishak. Dia budak Tok Panjang.

Hari-hari naik pentas politik menceritakan mengenai cita-cita Melayu yang sedang diselami oleh DAP di negeri jolokan Pulau Mutiara.

DAP, katanya, bukan parti perkauman atau parti agama.

DAP adalah parti demokratik sosialis yang memperjuangkan semangat Rakyat Malaysia yang tulen.

"Umno perkosa anak Melayu di Melaka adalah seorang pemimpin Umno. Kalau Lim Guan Eng anti Melayu atau anti Islam, dia tak pertahan anak gadis Melayu sampai dipenjara," kata Khairul.


Kafir DAP pun anti rasuah dan kronisme, Umno?


Urus tadbir anti rasuah oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang nyata menguntungkan rakyat.

Tiap-tiap tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai lebihan belanjawan atau surplas sebab tadbir urus berjimat cermat serta anti kronisme.

Suplas Kerajaan Negeri bagi tahun 2008 sebanyak RM88 juta, 2009 (RM77 juta), 2010 (RM33 juta).  

Surplas bagi tahun 2011 pula meningkat sebanyak 312 peratus atau RM105 juta menjadi RM138.34 juta 

Peningkatan hasil Kerajaan Negeri itu berjumlah RM603 juta bagi tahun 2011, berbanding, tahun 2010 yang berjumlah RM411 juta. 

 Ini, memberi gambaran margin peningkatan hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM192 juta atau 47 peratus dari jumlah hasil tahun 2010. 

 Hasil 'dividen anti rasuah itu', Kerajaan Negeri melaksanakan Program Sumbangan dan Penghargaan Warga Emas, Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), Anak Emas, Pelajar Emas, Penghargaan Ibu Tunggal, Bantuan One-Off Anak Pulau Pinang Masuk IPTA serta sumbangan waris warga emas meninggal dunia yang kesemuanya berjumlah kira-kira RM100 juta selama hampir lima tahun ini.


[video] Undi Pakatan, Rakyat Untung

[video] Putrajaya sambut Husam...

Kerajaan Pas Terengganu tumbang gagal kikis ego Hadi

"Kita tidak mahu jadi seperti Negeri Perak, perintah sekejap dah jatuh," kata Hadi Awang.

Presiden Pas itu turut memperkecil Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tidak langsung untuk mempertahan kerja buat menantunya, Zaharuddin Mohammad aka 'Din Ayam'.

'Din Ayam' sabotaj Dr Nasser di Kota Damansara dan ego Hadi mempertahan kerja buat kotor menantunya itu dengan guna hujah agama secara mengelirukan.

Tak perlulah saya tulis semula ucapan angkuh Hadi. Dengar klip youtube.

Hadi mungkin lupa, Pas Terengganu yang pernah tubuh Kerajaan Negeri selepas PRU1999 pun tak pertahan lama, dikatakan berpunca oleh kepemimpinannya yang angkuh.

Baik Hadi cermin diri. Ego bukan perangai Rasulullah.

Rasulullah ajar kerjasama atas nama kebaikan, bukan tentang kerja buat pihak yang baik sungguhpun berbeza segi cita-cita perjuangan.

"Dan saling menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Surah Al-Maidah:  2)

Dalam al-Quran, tekstual nas jelas melarang umat Islam bersama Yahudi dan Nasrani.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: 120)

Demi nak tumbangkan kezaliman serta menubuhkan Negara Moden Madinah, Rasulullah sandiri pun bersama dengan Yahudi, Nasrani dan Majusi hingga termeterai Piagam Madinah.

PSM kalau ya Yahudi pun (ahli PSM adalah rakyat Malaysia lah, bukan warga asing), mereka bukan pihak yang zalim. Malah, kuat memerang kezaliman Umno.

Pemimpin PSM tak pernah khianat ahlinya macam ahli Pas kena khianat melalui projek Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Bahkan ideologi sosialisme seperti perjuangan kelas serta membela golongan tertindas mendekati dalalah an-nas al-Quran sendiri.

"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." (Surah al-Qasas: 5)

Politik Pakatan Rakyat adalah politik kawanan atas dasar kebaikan serta menolak kezaliman - tahalluf siyasi.

Faham politik DAP pun atas prinsip sosialisme.

Kenapa Hadi tidak menentang DAP dengan hujah ego seperti dalam youtube itu?

Jangan hipokrit dan ego lah, Hadi.

PSM tidak pernah khianat rakyat dan perjanjian bersama rakyat.

Tapi, Hadi sendiri pernah didedah khianat rakyat apabila terbabit dalam idea pertemuan dalam gelap dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG).

Semasa ditanya di lobi Dewan Rakyat tahun 2009, tiga hari berturut-turut Hadi mengaku tiada pertemuan sulit dengan Umno.

Sehinggalah Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi (semasa itu masih perdana menteri) mengaku sudah ada pertemuan tiga kali dengan pemimpin tertinggi Pas.

Hadi tetap tidak mengaku beliau menipu rakyat, tetapi, terus menerus berkata, "itu (UG) tidak berbangkit lagi," semasa ditekan kuat oleh wartawan-wartawan Cina.

Dengar balik klip youtube berkenaan dan fikir balik.

Keangkuhan Hadi dulu mengakibatkan Kerajaan Pas di Terengganu tumbang.

Keangkuhan Hadi hari ini akan mengakibatkan 'harapan' rakyat (bukan hanya ahli Pas saja) terhadap Pas pula mungkin pudar.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus