22 April 2013

'DAP nak wujud Negara Kristian' lawak antarabangsa Umno :Khairul

"Saya, Khairul Ishak bukan Cina. Kalau DAP parti Cina, Melayu tidak boleh sertai parti masa depan ini."

Itu jawapan 'DAP Melayu' dalam ceramah politik di Kampung Baru, Parlimen Bukit Mertajam semalam.

Khairul berkata beliau terpanggil membantu Steven Sim Chee Keong sebab calon DAP bagi Parlimen Bukit Mertajam itu tidak minum arak macam orang-orang Melayu.

"Dah macam Melayu dah Steven ini. Dia (Steven) selalu kata, DAP bukan parti perkauman atau parti agama.

"DAP, parti untuk semua rakyat Malaysia yang menjunjung perlembagaan termasuk menggalakkan Islam sebagai agama persekutuan," ujar beliau.

Peruntukan agama Islam era Umno 2008 sebanyak RM25.49 juta saja.

Peruntukan agama Islam era tadbir Kerajaan Pulau Pinang pula bermula 2009 sebanyak RM35.78 juta, diikuti RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012) dan RM164 juta (2013).

Tidak cukup dengan itu, 13 tahun masalah tanah wakaf kubur Jelutong gagal diselesaikan oleh Umno diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Patut Umno lebih banyak beri peruntukan kepada orang Islam, bukan Cina DAP yang dikatakan anti Melayu atau anti Islam ini," ujar Khairul.

Khairul kata, ramai tidak tahu DAP mempunyai paling ramai wakil rakyat berketurunan India meskipun kebanyakan ahli parti masa depan itu berketurunan Cina.

"Dulu orang Melayu memang takut sebab Umno kata DAP ini parti Cina komunis yang tiada agama.

"Umno kata begitu sebab ikut cakap penjajah (British). DAP bukan faham komunis. DAP mahu melahirkan rakyat Malaysia yang tulen atas asas demokrasi sosial dengan mengambil jalan tengah dalam aspek ekonomi, politik dan kemasyarakatan," ujar Khairul lagi.

Khairul ketawa apabila DAP disebut mahu mewujudkan Malaysia sebagai 'Negara Kristian' jika Umno BN tewas dalam PRU13 nanti.

"Pemimpin Umno yang kaki rasuah, kaki kroni pun kita (sebagai) orang Melayu tak ikut. Takkan Melayu nak ikut Kristian...'DAP nak tubuh negara Kristian' itu lawak antarabangsa Umno," sindir Khairul sambil ketawa.

[Kapsyen: Gambar di bawah adalah antara risalah berunsur provokasi pihak pembangkang Pulau Pinang yang disebar dalam kawasan penempatan Melayu sejak malam kelmarin.]

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus