"Kita tidak mahu jadi seperti Negeri Perak, perintah sekejap dah jatuh," kata Hadi Awang.
Presiden Pas itu turut memperkecil Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tidak langsung untuk mempertahan kerja buat menantunya, Zaharuddin Mohammad aka 'Din Ayam'.
'Din Ayam' sabotaj Dr Nasser di Kota Damansara dan ego Hadi mempertahan kerja buat kotor menantunya itu dengan guna hujah agama secara mengelirukan.
Tak perlulah saya tulis semula ucapan angkuh Hadi. Dengar klip youtube.
Hadi mungkin lupa, Pas Terengganu yang pernah tubuh Kerajaan Negeri selepas PRU1999 pun tak pertahan lama, dikatakan berpunca oleh kepemimpinannya yang angkuh.
Baik Hadi cermin diri. Ego bukan perangai Rasulullah.
Rasulullah ajar kerjasama atas nama kebaikan, bukan tentang kerja buat pihak yang baik sungguhpun berbeza segi cita-cita perjuangan.
"Dan saling menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Surah Al-Maidah: 2)
Dalam al-Quran, tekstual nas jelas melarang umat Islam bersama Yahudi dan Nasrani.
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: 120)
Demi nak tumbangkan kezaliman serta menubuhkan Negara Moden Madinah, Rasulullah sandiri pun bersama dengan Yahudi, Nasrani dan Majusi hingga termeterai Piagam Madinah.
PSM kalau ya Yahudi pun (ahli PSM adalah rakyat Malaysia lah, bukan warga asing), mereka bukan pihak yang zalim. Malah, kuat memerang kezaliman Umno.
Pemimpin PSM tak pernah khianat ahlinya macam ahli Pas kena khianat melalui projek Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.
Bahkan ideologi sosialisme seperti perjuangan kelas serta membela golongan tertindas mendekati dalalah an-nas al-Quran sendiri.
"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." (Surah al-Qasas: 5)
Politik Pakatan Rakyat adalah politik kawanan atas dasar kebaikan serta menolak kezaliman - tahalluf siyasi.
Faham politik DAP pun atas prinsip sosialisme.
Kenapa Hadi tidak menentang DAP dengan hujah ego seperti dalam youtube itu?
Jangan hipokrit dan ego lah, Hadi.
PSM tidak pernah khianat rakyat dan perjanjian bersama rakyat.
Tapi, Hadi sendiri pernah didedah khianat rakyat apabila terbabit dalam idea pertemuan dalam gelap dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG).
Semasa ditanya di lobi Dewan Rakyat tahun 2009, tiga hari berturut-turut Hadi mengaku tiada pertemuan sulit dengan Umno.
Sehinggalah Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi (semasa itu masih perdana menteri) mengaku sudah ada pertemuan tiga kali dengan pemimpin tertinggi Pas.
Hadi tetap tidak mengaku beliau menipu rakyat, tetapi, terus menerus berkata, "itu (UG) tidak berbangkit lagi," semasa ditekan kuat oleh wartawan-wartawan Cina.
Dengar balik klip youtube berkenaan dan fikir balik.
Keangkuhan Hadi dulu mengakibatkan Kerajaan Pas di Terengganu tumbang.
Keangkuhan Hadi hari ini akan mengakibatkan 'harapan' rakyat (bukan hanya ahli Pas saja) terhadap Pas pula mungkin pudar.
Setuju?
No comments:
Post a Comment