08 October 2014

Manfaat biasiswa buru kecemerlangan SPM - Afif Baharin

AFIF Bahardin (dua dari kiri) diiringi Asrol Sani Abd. Razak (paling kiri) menyerahkan replika cek Biasiswa Kecil Negeri kepada wakil penerima daripada SMK Kepala Batas, di sini pada Sabtu lepas. | Foto: Ahmad Adil Mohamad


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Mereka yang mendapat gred A+ untuk semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri.

Justeru, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berharap kesemua 150 penerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang terpilih supaya memanfaatkan sebaik mungkin bantuan pendidikan tersebut demi memburu cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

"Kalau semua subjek (SPM) dapat A+ selepas ini, Kerajaan Negeri akan beri lagi hadiah wang tunai RM1,000.

"Itu cabaran kepada kita (murid) kerana Kerajaan Negeri fokus mahu pelajar-pelajar di negeri ini dapat keputusan cemerlang," ujar Dr. Afif pada Majlis Penyerahan Sumbangan Biasiswa Kecil Negeri di sini, Sabtu lepas.

Pegawai Penyelarasan KADUN (PPK) Bertam, Asrol Sani Abd. Razak turut hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan, jumlah biasiswa yang diterima oleh 150 penerima daripada lima sekolah terpilih adalah sebanyak RM107,280.

Mereka, 22 penerima daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Kadir menerima sumbangan biasiswa sebanyak RM16,560, diikuti, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi (36 penerima untuk RM25,320), Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah (12 penerima untuk RM8,640), SMK Kepala Batas (35 penerima untuk RM24,600), dan SMK Gemilang (45 penerima untuk RM32,160).

Sebelum itu, Asrol berkata, dorongan ibu bapa juga turut mampu menggandakan potensi anak-anak untuk memburu kecemerlangan dalam pelajaran, seterusnya, merebut pelbagai insentif kejayaan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

"Biasiswa ini boleh dianggap sebagai insentif bagi mereka akan berjaya, selain, sumbangan RM1,000 kepada mereka yang berjaya mendapat A+ untuk semua subjek SPM.

"(Biasiswa) ini diharap memberi peluang kepada pelajar yang benar-benar ingin memajukan diri agar tidak perlu memikirkan bebanan mencari wang untuk pembelajaran mereka," ujar Asrol.

Terdahulu, Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya mereka biasiswa mepada 138 murid-murid sekolah dari sekitar kawasan dewan undangan negeri (KADUN) Seberang Jaya.

Mereka, 23 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya menerima biasiswa berjumah RM16,680, diikuti, SMK Permatang Rawa (35 orang untuk RM25,800), SMK Pauh Jaya (27 orang untuk RM19,320), SMK Tun Hussein Onn (35 orang untuk RM29,280) dan SMK Bandar Perda (13 orang untuk RM10,200).

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang membela pendidikan pelajar terpilih di negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus