24 August 2015

Menteri tak matang punca KN tukar tema Hari Merdaka, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Tema “Sehati Sejiwa” yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat akhirnya terpaksa digunapakai di negeri ini, gara-gara ketidakmatangan dua Menteri mempertikai tema kemerdekaan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hessein sepatutnya tidak mempolitikkan tema “Bersih, Cekap, Amanah” yang dipilih melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang sememangnya telah menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2010 tanpa sebarang masalah oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

“Sikap menteri ini adalah satu sikap yang tidak matang dan menyalahguna kuasa mereka untuk menafikan hak kami untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara ini.

“Keputusan Angkatan Tentera Malaysia menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur dengan desakan Kerajaan Pusat telah menyebabkan Kerajaan Negeri membuat pertimbangan semula.

“Kerajaan Negeri akan menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat,” jelas Guan Eng dalam kenyataan bertulis petang tadi.

Terdahulu, gambar surat pekeliling Pengarah Pendidikan Negeri, Dato' Osman Hussain yang melarang guru-guru dan murid-murid menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri pada 31 Ogos nanti tersebar melalui media baru.

Susulan itu, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy serta Guan Eng dalam dua kenyataan berasingan mendesak pihak berwajib menarik balik pekeliling yang didakwa anti patriotosme tersebut.

Mereka menegaskan, Kerajaan Pusat sepatutnya tidak sensitif dengan perkataan “bersih” pada tema Hari Merdeka Peringkat Negeri, memandangkan “Bersih Cekap dan Amanah” pernah digunapakai dalam pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dulu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus