27 May 2016

30 minit SPRM rakam keterangan Dr. Afif bantu siasat kes tanah babit PERDA

DR. AFIF Bahardin (kiri) ditemani Ong Chin Wen pada sidang media di Pejabat SPRM Seberang Perai di sini, sebelum merakamkan keterangan mengenai kes penjualan sebidang tanah membabitkan PERDA baru-baru ini.

Zainulfaqar Yaacob
27 Mei 2016 | 11.47 pagi

BAGAN DALAM - Kira-kira 30 minit juga sesi pertama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan Dr. Afif Bahardin bagi membantu siasatan kes penjualan sebidang tanah membabitkan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), sejak 10.30 pagi tadi.

Dr. Afif, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan ditemani peguam pengiring, Ong Chin Wen yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah.

"Saya ke mari untuk memberikan maklumat kepada SPRM dan fokus saya sekarang adalah untuk membantu siasatan...kerana isu ini melibatkan kepentingan awam.

“Saya harap SPRM boleh menjalankan penyiasatan dengan penuh rapi,” tegas Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya kepada pemberita sebelum masuk ke Pejabat SPRM Seberang Perai berhampiran Kampung Jaya di sini baru-baru ini.

Selepas keluar dari kamar siasatan, Dr. Afif bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai butiran keterangannya kepada pegawai penyiasat berkenaan.

7 April lalu, Dr. Afif membuat aduan berwajib di Kompleks Ibupejabat SPRM Negeri Pulau Pinang dekat George Town, susulan pada suatu keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

PERDA yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya didedah menjual tanah seluas 3.461 hektar yang diambil atas tujuan awam di Tok Keramat dekat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dengan harga serendah RM1.427 juta.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, rakyat seakan rugi kira-kira RM15.2 juta kerana harga pasaran sebenar berdasarkan penilaian duti setem adalah RM16.636.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam turut menyanggah dalih Shabudin kononnya tanah itu 'bermasalah'.

Guan Eng turut menyanggah dalih Shabuddin yang menyebut, pemaju swasta yang membeli tanah itu disyaratkan untuk membina rumah mampu milik.

"Semalam saya telah tunjuk bahawa jurutera yang membeli tanah itu telah memasukkan permohonan (Pelan Kebenaran Merancang) kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 28 Mac 2016, untuk bina bukan rumah 'murah' tetapi 27 buah (lot kedai).

"Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PERDA dan tak masuk akal lah,” kata Guan Eng kepada pemberita, selepas mengetuai rombongan pemimpin negeri turun melihat sendiri keadaan tanah yang kononnya 'bermasalah' untuk PERDA membina rumah kos rendah dan kos sederhana rendah untuk rakyat Malaysia di negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus