04 February 2013
Mangsa buli Bik Mama tidak mampu bela mangsa buli Singapura!!!
DALAM perjalanan ke Lapangan Terbang Senai, teksi yang saya bersama-sana Hajjar Hasan dan Insyirah dipotong laju oleh sebuah kereta sporty yang didaftar warga Singapura.
Pemilik teksi sewa marah kerana keretanya dipotong dalam kondisi bahaya.
Terlanjur marah, beliau turun mempertikai pentadbiran kerajaan pusat yang dikuasai oleh Umno Barisan Nasional.
"Pemimpin kita kalau isteri sendiri pun takut dan seringkali dibuli di rumah, rakyat di bawahnya akan terus dibuli oleh Singapura.
"Kereta kita kalau laju, AES (kamera saman automatik 1Malaysia) lah jawabnya.
"Kereta kita diburu oleh JPJ (atau) SPAD. Tapi, kereta Singapura bebas laju di lebuh raya kita tanpa penguatkuasaan.
"Motor (didaftar di Malaysia) yang masuk ke Singapura dikenakan cukai 4 dolar Singapura. Kereta (dari Malaysia) pula dikena cukai 30 dolar Singapura.
"Mengapa kenderaan Malaysia ke Singapura saja yang dikenakan cukai? Mengapa kenderaan dari negara asing itu yang masuk ke negara kita tiap-tiap hari tidak dikenakan cukai perjalanan.
"25,000 motosikal negara masuk ke Singapura tiap-tiap pagi, (maka) Singapura terima pendapatan kira-kira 100,000 dolar Singapura pendapatan cukai tiap-tiap hati. Cukup untuk tampung kos operasi imigresen (Singapura), Malaysia?," tegas pemandu teksi tersebut.
Justeru, beliau berkata, orang yang biasa dibuli, mustahil boleh mencegah rakyat di bawah kekuasaannya dari terus dibuli Singapura.
Malaysia tidak perlu pemimpin yang lemah. Lawan pembuli, tolak pemimpin Umno BN.
Kalimah Allah: Utusan cuba tajamkan perbezaan Nik Aziz, Karpal
Ini laporan daripada berita Utusan.
Betul atau tidak betul, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum ini dua kali mengesahkan akhbar Umno itu fitnah Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.
Umno pun percaya bahawa Pas jika fleksibal dalam mengemukakan cita-cita Islam, rakyat bersedia tolak Umno sebagaimana dalam pilihan raya umum lepas.
Kunjungan Tok Guru ke rumah Karpal Singh di Pulau Pinang baru-baru ini bagi merai hari lahir beliau nyata menyebabkan rancangan Umno untuk menggagalkan 'Impian Malaysia' berkecai.
Umno cuba tajamkan perbezaan antara Pas dan Dap, tapi, Tok Guru kata "boleh runding".
Mampukah Utusan tajamkan sekali lagi perbezaan pendapat antara Nik Aziz dan Karpal Singh sekarang demi pertahan kuasa di Putrajaya di PRU13?
Tok Pa pun belajar tipu diri sendiri sebab tak tenang saksi rakyat Kelantan sokong R
Di atas ini, berita Bernama disiar oleh Utusan Online.
Tok Pa kata, rakyat Kelantan sedia tolak Pas atas sebab isu tanah dan isu air.
"Apa yang perlu, kita (anggota UMNO dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi," kata Menteri Umno itu.
Rupa-rupanya, isu Royalti Minyak yang dituntut oleh R selama ini bukan lagi isu major di Kelantan.
Kelakar...Menteri Umno ini kelakar...
Menjelang PRU13, nampaknya Tok Pa pun dah mula belajar tipu diri sendiri.
Itu lebih baik untuk tenangkan diri daripada tak tipu langsung.
Kasihan...
Labu Labi ajar Melayu mimpi lawan Umno di PRU13
SAYA serta Hajjar Hasan dan Insyirah akan terbang dari Senai ke Bayan Lepas pada jam 8.20 pagi ini.
Pejam celik, hampir enam bulan, Hajjar menjalani kimoterapi 'anugerah' barah kelenjar darah limpa tahapan 4 di Hospital Sultanah Aminah sudah selesai.
Terapi lanjut sedang diatur di Hospital Besar Pulau Pinang, insya Allah.
Sambil-sambil kemas barang di rumah emak saudara Hajjar di JB malam tadi, kami sama-sama tonton filem klasik Labu Labi di saluran Astro Prima.
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Md Zain (kalau tak salah) jadi Labu dan Labi.
Ini filem humor. Filem ini tak jemu ditonton berkali-kali kerana Melayu suka humor dan relaks.
Mereka adalah tukang gaji kepada Haji Bakhil bin Lebai Kedekut, seorang hartawan Melayu yang kaya.
Hari-hari, Labu Labi menerima herdikan serta layanan dingin Haji Bakhil, sampai mereka jadi takut dan kecut dengan Tuan mereka.
Sungguhpun begitu, angan-angan dan mimpi menjadi medan Labu Labi untuk mempertikai Haji Bakhil.
Macam-macam watak superhero sama ada baik atau sebaliknya dipegang oleh Labu dan Labu.
Lebih menarik, Haji Bakhil memegang watak hina dalam mimpi angan-angan Labi Labi.
Haji Bakhil jadi monyet. Haji Bakhil jadi pelayan pub dan banyak lagi watak.
Haji Bakhil tak habis-habis dimaki oleh Labu Labi, lebih teruk daripada layanan yang kedua-dua tukang gaji itu terima dalam alam nyata.
Apa sebenarnya kritik sosial yang cuba dibawa oleh P.Ramlee untuk kita?
Mungkin P.Ramlee nak menghantar mesej kepada kita - orang-orang Melayu - iaitu, jika kias tak berani lawan rejim Umno secara terbuka, belajar-belajar lah lawan rejim perasuah itu dalam mimpi.
Tiap-tiap malam, pasang azam mimpi rejim Umno akan tumbang di PRU13, kerana itu memberi sumbu semangat untuk rakyat tolak pentadbiran Rosmah Mansor melalui kertas undi.
Kalau berani lagi, lawan rejim melalui avatar-avatar di laman sosial Facebook dan Twitter.
Kalau berani lagi, pasang impian heret keluarga Najib ke kandang bicara kes pembunuhan Altantuyaa Mongolia macam yang diugut oleh Raja Petra dulu.
Kalau Melayu itu takut untuk lawan rejim Najib secara terbuka, jom belayar lawan rejim macam Labu Labi
Selamat malam semua. Jom mimpi Umno BN Najib tumbang di PRU13.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...