Skip to main content

Posts

Showing posts from February 24, 2013

Plan B Mahathir bawa YB Umno sertai Pas pasca PRU13?

SEMUA wakil rakyat Umno pro Tun Dr Mahathir Mohamad diarah membuat persiapan akhir untuk menyerang ke kem Pas sekiranya Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Dalam satu pertemuan sulit di Putrajaya baru-baru ini, sumber parti itu memberitahu, rancangan tersebut terpaksa diambil sekiranya rancangan membawa Pas sendirian dalam pilihan raya umum gagal dilaksanakan."Ini Pelan B kalau rancangan Pas tidak bersama DAP dan PKR dalam pilihan raya nanti gagal."Ini tiada kena-mengena dengan (rancangan) Ku Li ganti Anwar jadi PM."Umno akan tanding di semua kerusi tradisinya (Parlimen dan DUN) macam biasa. Pelan B ini dilaksanakan jika Umno tewas nanti," ujar siber lagi.Malah kata sumber, kepemimpinan utama Pas seharusnya yakin dengan kekuatannya sendiri tanpa perlu bergantung dengan muafakat Pakatan Rakyat.Ini kerana katanya, wakil rakyat Umno bakal menjadi 'kekuatan baru' parti Islam itu jika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun…

Anak Fadhil Noor sahkan 'Kerajaan Perpaduan' hidup kembali

Idea Kerajaan Perpaduan dalam gelap membabitkan kerjasama dengan Umno dihidup kembali oleh Ahmad Fauwaz Fadzil, iaitu anak arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor yang merupakan bekas presiden Pas.Satu wawancara di Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Fauwaz berkata demikian demi kepentingan Melayu.Malah, katanya, organ kedua-dua parti,Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama."Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya.Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan."Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan."Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.Dalam perkembangan …