24 February 2013

Anak Fadhil Noor sahkan 'Kerajaan Perpaduan' hidup kembali

Idea Kerajaan Perpaduan dalam gelap membabitkan kerjasama dengan Umno dihidup kembali oleh Ahmad Fauwaz Fadzil, iaitu anak arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor yang merupakan bekas presiden Pas.

Satu wawancara di Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Fauwaz berkata demikian demi kepentingan Melayu.

Malah, katanya, organ kedua-dua parti,Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan.

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

Dalam perkembangan lain, parti Islam itu turut didedah merancang veteran Umno, Tunku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pas secara sembunyi-sembunyi melalui 'UG II'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus