14 October 2014

Tuan Tanah atau Kerajaan Negeri yang usir penduduk asal kampung setinggan di P.Pinang?

ZAiNULFAQAR Yaacob di salah salah sebuah rumah cenderamata 'Vintage' yang cukup klasik dan sentimental, dekat Tapak Warisan Dunia Unesco, Pulau Pinang.

RATA-RATA isu setinggan di Pulau Pinang sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri seringkali digambarkan mengusir penduduk apabila isu penempatan setinggan ditimbulkan.

Sebagai contoh, isu pengusiran penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam.

Tuan tanah persendirian, iaitu syarikat Distinct Class menuntut penghakiman ingkar (summary judgment)  di Mahkamah Sesyen Butterworth, demi mengusir penduduk asal di situ.

Pun begitu, pembangkang (Umno BN) seringkali menggambarkan DAP mengusir Melayu dari kampung-kampung di negeri ini.

Tuan Tanah atau Kerajaan Negeri yang usir penduduk asal dari kampung-kampung setinggan di P.Pinang?

Bajet 2015: Mengapa PM tak sebut status hutang RM36 bilion 1MDB, tanya Guan Eng

LIM Guan Eng menyampaikan analisis Bajet 2015 di depan lebih 1,500 hadiri dekat Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai pada Ahad baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai mutu Bajet 2015 yang dikatakan langsung tidak menyebut mengenai status tanggungan hutang berskala besar lebih RM36 bilion oleh syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang disifatkan membebankan kewangan negara.

Menurut beliau, hutang berskala besar itu seakan tidak mampu lagi dilangsaikan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa masih mengamalkan pembaziran pengurusan kewangan negara.

Justeru, katanya lagi, beban kewangan itu akhirnya seakan telahpun dipindahkan kepada rakyat melalui kenaikkan harga runcit minyak baru-baru ini serta penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) mulai tahun hadapan.

"Kalau 1MDB hampir RM38 bilion itu pentadbiran Najib boleh buat hutang, (bekas perdana menteri) Tun Dr. Mahathir (Mohammad) pun tak mampu bayar.

"Kamu ingat Datuk Seri Najib akan bayarkah, kamu ingat Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) akan bayarkah...yang pasti Datin Seri) Rosmah Mansor tak akan bayar.

"Siapa bayar...anda, saya dan semua kita rakyat Malaysia akan 'bayar' hutang 1MDB.

“Itulah sebabnya kita (Pakatan Rakyat) tanya, mengapa dalam Bajet 2015 tak sebut langsung 1MDB punya cerita," jelas Guan Eng dalam ucapannya pada Majlis Jamuan Malam Analisis Bajet 2015 di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng di sini, Ahad lepas.

TONY Puak Kiam Wee (kiri) dan P. Kasthuriraani (kanan) saling berkongsi berinteraksi pada Majlis Jamuan Malam Analisis Bajet 2015 di sini, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. P. Ramasamy, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong), Tony Puak Kiam Wee (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping) turut hadir sebagai penganalisis pada majlis tersebut, yang dihadiri sertai lebih 1,500 orang.

Hutang berskala besar RM36 bilion 1MDB mula menjadi perhatian apabila syarikat pelaburan negara berkenaan didedah terlibat dalam beberapa projek kontroversi serta dana simpanan di sebuah kepulauan Caribbean baru-baru ini.

Sumber berita Singapore Business Times dipetik melaporkan, penjadualan semula hutang menjadi tinggi pada kadar 2.5 peratus ke atas kos dana tahunan, selain, yuran pendahuluan berjumlah antara RM20 hingga RM30 juta.

Laporan sama berkata, ancaman sebenar keingkaran berwajib akan "mengganggu kumpulan perbankan utama Malaysia dan juga pengawal selia perbankan negara, Bank Negara."

Malah, lapor sumber lagi, tekanan kewangan yang dihadapi 1MDB juga mengheret sama kerajaan berdepan risiko dan terpaksa mengambil langkah campur tangan.

"Tekanan kewangan 1MDB sangat serius hingga kerajaan terpaksa melanggar janji untuk adil kepada pasaran dan mengadakan tender terbuka dalam kontrak Pengeluar Janakuasa Bebas (IPP) bagi memastikan kos terendah bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd," kata sumber.

1MDB menang dua bidaan projek IPP walaupun tidak menawarkan harga paling rendah, projek loji kuasa solar 50MW pada bulan Mac lalu dan satu lagi projek loji kuasa gas 2,400 MW pada bulan Ogos baru-baru ini.

"Tindakan di atas jelas amalan penyelamatan yang mahal oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan 1MDB memperoleh pendapatan yang cukup dengan menyenaraikan projek loji kuasa mereka," kata sumber.

Tony Pua dalam kenyataannya pula mempersoalkan dana yang disimpan 1MDB di Pulau Cayman, di mana memiliki aset cair misteri sejumlah RM7.18 bilion.

Ironinya panggilan tunai yang besar sebenarnya adalah 1MDB mempunyai RM7.18 bilion dalam aset cair misteri melabur luar pesisir di Kepulauan Cayman.

Pelaburan itu hanya menjana pulangan yang mengecewakan berjumlah 5.76 peratus sebagaimana dicatatkan pada tahun 2013, walaupun kos dana untuk 1MDB melebihi 6 perartus.

"Perdana Menteri perlu memberi jawapan menyakinkan mengapa dana ini berada di tempat 'syurga cukai rahsia' yang tidak dibawa pulang ke negara untuk membiayai projek tempatan 1MDB," tegas Tony Pua.

Selain itu, Tony Pua turut menuntut Najib memberi penjelasan mengenai langkah 1MDB membeli 238 ekar tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.38 bilion.

"Selepas hampir setahun, 1MDB tidak berbuat apa-apa ke atas pembelian tanah tersebut yang dibayar menerusi pinjaman institusi kewangan," katanya.

Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu berjanji untuk membina sebanyak 9,999 unit rumah mampu milik.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir juga dilaporkan pernah membangkitkan isu melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Badan bukan kerajaan (NGO) pemantau rasuah, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) juga dilaporkan pernah memberi tekanan kepada Najib supaya menjejaskan status dan kedudukan syarikat pelaburan negara tersebut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus