LIM Guan Eng menyampaikan analisis Bajet 2015 di depan lebih 1,500 hadiri dekat Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai pada Ahad baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERAI
- Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai mutu Bajet 2015
yang dikatakan langsung tidak menyebut mengenai status tanggungan
hutang berskala besar lebih RM36 bilion oleh syarikat pelaburan
negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang disifatkan
membebankan kewangan negara.
Menurut
beliau, hutang berskala besar itu seakan tidak mampu lagi
dilangsaikan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, yang didakwa masih mengamalkan pembaziran pengurusan kewangan
negara.
Justeru,
katanya lagi, beban kewangan itu akhirnya seakan telahpun dipindahkan
kepada rakyat melalui kenaikkan harga runcit minyak baru-baru ini
serta penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) mulai tahun
hadapan.
"Kalau
1MDB hampir RM38 bilion itu pentadbiran Najib boleh buat hutang,
(bekas perdana menteri) Tun Dr. Mahathir (Mohammad) pun tak mampu
bayar.
"Kamu ingat Datuk Seri Najib akan bayarkah, kamu ingat Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) akan bayarkah...yang pasti Datin Seri) Rosmah Mansor tak akan bayar.
"Siapa bayar...anda, saya dan semua kita rakyat Malaysia akan 'bayar' hutang 1MDB.
“Itulah sebabnya kita (Pakatan Rakyat) tanya, mengapa dalam Bajet 2015 tak sebut langsung 1MDB punya cerita," jelas Guan Eng dalam ucapannya pada Majlis Jamuan Malam Analisis Bajet 2015 di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng di sini, Ahad lepas.
TONY Puak Kiam Wee (kiri) dan P. Kasthuriraani (kanan) saling berkongsi berinteraksi pada Majlis Jamuan Malam Analisis Bajet 2015 di sini, Ahad lepas. |
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. P. Ramasamy, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong), Tony Puak Kiam Wee (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping) turut hadir sebagai penganalisis pada majlis tersebut, yang dihadiri sertai lebih 1,500 orang.
Hutang
berskala besar RM36 bilion 1MDB mula menjadi perhatian apabila
syarikat pelaburan negara berkenaan didedah terlibat dalam beberapa
projek kontroversi serta dana simpanan di sebuah kepulauan Caribbean
baru-baru ini.
Sumber
berita Singapore Business Times dipetik
melaporkan, penjadualan semula hutang menjadi tinggi pada
kadar 2.5 peratus ke atas kos dana tahunan, selain, yuran pendahuluan
berjumlah antara RM20 hingga RM30 juta.
Laporan
sama berkata, ancaman sebenar keingkaran berwajib akan "mengganggu
kumpulan perbankan utama Malaysia dan juga pengawal selia perbankan
negara, Bank Negara."
Malah,
lapor sumber lagi, tekanan kewangan yang dihadapi 1MDB juga mengheret
sama kerajaan berdepan risiko dan terpaksa mengambil langkah campur
tangan.
"Tekanan
kewangan 1MDB sangat serius hingga kerajaan terpaksa melanggar janji
untuk adil kepada pasaran dan mengadakan tender terbuka dalam kontrak
Pengeluar Janakuasa Bebas (IPP) bagi memastikan kos terendah bekalan
elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd," kata sumber.
1MDB
menang dua bidaan projek IPP walaupun tidak menawarkan harga paling
rendah, projek loji kuasa solar 50MW pada bulan Mac lalu dan satu
lagi projek loji kuasa gas 2,400 MW pada bulan Ogos baru-baru ini.
"Tindakan
di atas jelas amalan penyelamatan yang mahal oleh Kerajaan
Persekutuan bagi membolehkan 1MDB memperoleh pendapatan yang cukup
dengan menyenaraikan projek loji kuasa mereka," kata sumber.
Tony
Pua dalam kenyataannya pula mempersoalkan dana yang disimpan 1MDB di
Pulau Cayman, di mana memiliki aset cair misteri sejumlah RM7.18
bilion.
Ironinya
panggilan tunai yang besar sebenarnya adalah 1MDB mempunyai RM7.18
bilion dalam aset cair misteri melabur luar pesisir di Kepulauan
Cayman.
Pelaburan
itu hanya menjana pulangan yang mengecewakan berjumlah 5.76 peratus
sebagaimana dicatatkan pada tahun 2013, walaupun kos dana untuk 1MDB
melebihi 6 perartus.
"Perdana
Menteri perlu memberi jawapan menyakinkan mengapa dana ini berada di
tempat 'syurga cukai rahsia' yang tidak dibawa pulang ke negara untuk
membiayai projek tempatan 1MDB," tegas Tony Pua.
Selain
itu, Tony Pua turut menuntut Najib memberi penjelasan mengenai
langkah 1MDB membeli 238 ekar tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.38
bilion.
"Selepas
hampir setahun, 1MDB tidak berbuat apa-apa ke atas pembelian tanah
tersebut yang dibayar menerusi pinjaman institusi kewangan,"
katanya.
Putrajaya
sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu berjanji untuk
membina sebanyak 9,999 unit rumah mampu milik.
Dalam
perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir juga dilaporkan pernah membangkitkan isu
melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Badan
bukan kerajaan (NGO) pemantau rasuah, Centre to Combat Corruption
and Cronyism (C4) juga dilaporkan pernah memberi tekanan kepada Najib supaya
menjejaskan status dan kedudukan syarikat pelaburan negara tersebut.
No comments:
Post a Comment