Keraian itu adalah kesinambungan pada Majlis Jamuan Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bersama Mahasiswa Di Perantauan yang dilangsungkan secara berasingan di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.
Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Mansor (gambar) baru-baru ini berkata, mahasiswa wajar memanfaatkan zaman keemasan di kampus bagi mengejar kecemerlangan akademik serta bergiat dalam memperjuangkan nasib rakyat.
"Sungguhpun zaman telah pun berubah, tetapi, mahasiswa seharusnya fokus pada kecemerlangan akademik dan mencipta pergerakan tersendiri untuk membela hak rakyat.
"Timba pengalaman sebanyak yang boleh dengan menyertai program-program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.
"Pada musim cuti semester, baik kampung untuk beri kesedaran kepada rakyat khususnya kepada anak muda untuk mencipta politik baru (iaitu) menolak politik perkauman yang dimainkan oleh parti-parti politik tertentu di negeri ini," ujar beliau di Hotel Traders, di sini.
Program interaksi anjuran Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) itu turut dihadiri Jawatankuasa
Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil langkah membendung gerakan mahasiswa sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belakangan ini.
Ini kerana, katanya, Kerajaan Negeri percaya bahawa iklim demokrasi dan integriti tulen di Pulau Pinang membantu perkembangan intelektual dan idealisme mahasiswa.
Justeru, beliau berkata, mahasiswa serta muda-mudi sewajarnya menggandakan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada demi menyemarak lagi politi baru di negeri berkenaan.
"Jangan persia-siakan zaman keemasan (mahasiswa) ini. Pastikan setiap detik dalam diri bermakna untuk ilmu dan perjuangan rakyat.
"Saya yakin mahasiswa bersama Kerajaan Negeri untuk mewujudkan poltik baru yang lebih memberi ruang untuk semua pihak berfikir secara kritikal serta menghormati demokrasi tulen di negeri ini," ujar beliau.
Terdahulu, difahamkan, Mansor turut mengadakan beberapa interaksi dua hala bersama-sama mahasiswa luar negara di Medan, Jakarta dan Mesir.
Itu, tidak termasuk jelajah beliau di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak tiga tahun lepas bagi mendekatkan mahasiswa di perantauan dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri cakna dengan perkembangan intelektual mahasiswa. -END
No comments:
Post a Comment