24 October 2014

KM Sarawak anggap dua menteri bodoh sebab nak hapus SJKC, kata Guan Eng

LIM Guan Eng (kiri) dan Jagdeep Singh Deo (kanan) dalam sidang media di Bilik Gerakan Pejabat Ketua Menteri, Komtar, semalam. | Foto: Arkib Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai kenyataan prejudis Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa pepecahan kaum di negara ini disebabkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Menurut beliau, kenyataan prejudis Ahmad Zahid dan Razali itu sebenarnya turut dipertikai oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, sebagaimana dilaporkan dalam suatu akhbar arus perdana berbahasa Cina baru-baru ini.

"Ada pemimpin Umno bukan sahaja menyatakan (hasrat) untuk tidak membina sekolah jenis kebangsaan cina yang baru, malah, mahu menutup sekolah-sekolah aliran yang sedia ada.

"Saya rasa itu memang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang memberikan jaminan untuk (semua etnik) menggunakan dan mempelajari bahasa ibunda.

"Cadangan (Ahmad Zahid dan Razali) ini turut mendapat reaksi daripada Tan Sri Adenan Satem, yang menyatakan hasrat menutup sekolah Cina (SJKC) adalah suatu cadangan bodoh," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perubahan, Jagdeep Singh Deo turut hadir pada sidang media tersebut.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut melahirkan rasa kesal inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan sebidang tanah di kawasan Parlimen Bagan untuk membina sekolah menengah jenis kebangsaan tamil yang pertama di Malaysia gagal direalisasikan kerana tiada peruntukan Kerajaan Pusat diluluskan dalam Bajet 2015 baru-baru ini.

Pun begitu, katanya, Kerajaan Negeri melalui Bajet 2014 lepas telahpun memberi peruntukan sebanyak RM12 juta kepada semua sekolah bantuan modal di negeri ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara semua jenis sekolah aliran di negara ini, sebagaimana dijamin oleh perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus