11 December 2013

'Doktor Rasis': Exco Kesihatan minta rakyat nilai wibawa Roslan

AFIF Bahardin
EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Dr. Afif Bahardin berkata, Pengarah Hospital Kepala Batas yang enggan namanya disebut kepada khalayak bukan ditukar atas sebab kontroversi isu 'Doktor Rasis' sebagaimana yang didalihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Malah, dakwaan Roslan dalam sidang mesyuarat DUN Pulau Pinang pada pagi tadi yang menyebut bahawa ada beberapa doktor berbangsa Cina terbabit telahpun melalui program kaunseling juga adalah tidak benar. 

Justeru, katanya lagi, elok rakyat sendiri menilai kredibiliti Roslan Saidin.

"Latihan ini memang ada di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan sebagai pembangunan karier kakitangan kerajaan

"Pengarah Hospital Kepala Batas ditukar oleh JKN (Jabatan Kesihata Negeri) atas sebab kenaikan pangkat dan ia dilakukan bukan disebabkan apa yang disebut oleh dia (Roslan).

"Tanya pada orang awam lah sama ada mereka percaya Roslan Saidin atau tidak. Biar rakyat nilai dia tipu atau tidak," ujarnya Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Dr. Afif yang juga Ketua AMK Pulau Pinang yang baru berkata, "Dia (Roslan) kalau ditanya apa yang dia sebut dua jam selepas ini pun, dia akan kata dia tak maksudkan begitu."

Roslan, dalam sidang DUN lepas menyebut ada beberapa doktor berbangsa Cina tidak memberi layanan yang wajar kepada pesakit-pesakit Melayu di Hospital Kerajaan dekat Kepala Batas.

Roslan cuba mengaitkan dakwaannya itu dengan Tsunami Cina yang dianggap berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.


Sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 oleh Exco bersambung jam 2.30 petang ini.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus