15 July 2013

Guan Eng desak Menteri Kesihatan siasat '3 doktor rasis'

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dituntut memberi penjelasan menganai status kesahihah kes tiga doktor Cina di dua hospital kerajaan di Pulau Pinang yang didakwa rasis serta enggan memberi rawatan kepada pesakit Melayu.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dalam satu surat rasmi hari ini mendesak Subramaniam menyiasat dakwaan itu yang kononnya berpunca oleh 'Tsunami Cina', iaitu pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

"kerjasama YB Datuk Seri Dr. adalah dipohon untuk menyiasat kesahihan perkara ini dengan segera.

"Doktor berbangsa Melayu juga berasa tidak puas hati kerana tuduhan liar yang sama juga boleh dilemparkan ke atas mereka," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sekiranya sahih aduan tersebut, beliau meminta tiga doktor berkenaan dipecat serta dibatal lesen perubatan kerana nyata melanggari 'Hippocrates Oath'.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Roslan Saidin dalam mesyuarat penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13 pada 3 Julai lepas mendakwa wujud amalan rasisme tersebut.

ADUN Umno itu bagaimanapun gagal mengemukakan bukti semasa didesak dalam dewan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus