30 December 2014

Sumbangan Ibu Emas RM100 turut meliputi KADUN Pembangkang, kata Guan Eng

KETUA Menteri (tengah) dan Wong Hon Wai (paling kanan) turut bergambar kenang-kenangan dengan beberapa penerima tunai RM100 di bawah Program Ibu Emas di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AIR PUTIH - Seramai 40,589 penerima Sumbangan Ibu Emas berjumlah RM100 baru-baru ini turut meliputi wanita suri rumah sepenuh masa yang berusia di bawah 60 tahun daripada 10 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang dikuasai Pembangkang Pulau Pinang.

Seramai 1,561 orang dipilih daripada KADUN Penaga, diikuti, Bertam (775 orang), Pinang Tunggal (1,256 orang), Permatang Berangan (1,204 orang), Sungai Dua (1,240 orang), Teluk Air Tawar (607 orang), Sungai Acheh (770 orang), Bayan Lepas (872 orang), Pulau Betong (1,091 orang) dan Telok Bahang (874 orang).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, program tersebut sebagai menghargai wanita berusia berusia di bawah 60 tahun yang menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa di negeri ini.

"Jumlah ini dilihat akan meningkat lagi berikutan sambutan yang menggalakan terhadap program ini," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dipetik daripada perutusannya sempena Pelancaran Program Ibu Emas Negeri Pulau Pinang.

ADUN Air Itam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut menyertai majlis tersebut di sini.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga kini telahpun menyalurkan memperkenalkan pelbagai Program Emas, dengan menyalurkan sumbangan secara one-off kepada mereka yang layak.

RM100 one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 di bawah Skim Pelajar Emas, RM200 one-off melalui Program Anak Emas baru lahir, serta RM1,000 one-off kepada waris warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia.

Direkodkan, sebanyak RM120.36 juta telahpun disalurkan di bawah Program Emas sejak tahun 2008 hingga kini.

"Dari tahun 2008 hingga 2014, sebanyak RM89.9 juta (RM89,895,100) untuk Warga Emas dan waris, RM14.7 juta (RM14,733,300) untuk Pelajar Emas, RM3,991,200 untuk Ibu Tunggal dan waris, RM9 juta (RM9,027,000) untuk Anak Emas dan RM2.7 juta (RM2,716,100) untuk OKU (melalui) JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), yang keseluruhannya berjumlah RM120,362,700," ujar Guan Eng lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Program Ibu Emas mula diperkenalkan pada awal tahun 2014 sejurus selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai menghargai sumbangan wanita dalam memelihara institusi kekeluargaan di Pulau Pinang, dengan jumlah pendaftaran sehingga 3 Oktober lepas sebanyak 40,589 orang.

Kesemua 40,589 wanita berkenaan masing-masing menerima sumbangan kali pertama sebanyak RM100 daripada Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus