29 May 2013

Safwan tolak ikat jamin, lawan PM minoriti dari lokap

Safwan Anang yang dilokap semula kelmarin ekoran didakwa menyemarakkan Blackout505 menolak dari diikat jamin pagi tadi, kata pengasas SAMM che'GuBard.

Safwan, pemimpin mahasiswa itu berkata beliau pilih risiko itu sebagai memprotes terhadap 'perdana menteri minoriti' Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memperkuda sistem demokrasi hatta memincang PRU13.

"Isunya PRU yang pincang...dia (Safwan) minta anak muda tolak politik kepentingan sempit dan bangkit. Dia kini dibawa ke Sg. buloh," WhatsApp che'GuBard.

Lanjutan itu, che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berkata, satu himpunan aman sebagai solidariti untuk Safwan dilancarkan malam ini di perkarangan Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, aktivis hak asasi Harris Ibrahim, Tian Chua dan Tamrin Tun Gafar (bekas Exco Pemuda Umno Malaysia) turut ditangkap sekali lagi pada hari yang sama dengan Safwan.

Siri-siri himpunan aman Blackout505 yang dilancarkan sejak 8 Mei lepas di seluruh negara sebagai reaksi pada penipuan pilihan raya yang membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Umno BN. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus