11 July 2013

MP Bukit Bendera kecam vandalisme gambar tokoh Umno



Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme pada papan iklan milik Urban Development Authority (UDA) dekat Tanjong Tokong yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein al-Haj (perdana menteri ke-2).

"Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme ini," ujar Zairil (gambar) pagi tadi menerusi emel.

Setiausaha Politik bagi Setiausaha DAP Lim Guan Eng itu berkata, beliau secara peribadi sangat menghormati jasa Abdul Razak dalam pembangunan negara bangsa.

Malah, kata Zairil, ayahandanya Tan Sri Mohamed Khir Johari merupakan kawan karib yang pernah menyertai kabinet pertama pimpinan Abdul Razak.

Bagi beliau yang mengamalkan budaya politik baru, perbuatan vandalisme itu menggambarkan mereka yang tidak bertanggungjawab kebudak-budakkan.

Justeru, katanya, perbezaan politik kepartian seharusnya tidak menjurus pada serangan peribadi atau fizikal mana-mama ahli politik.

"Meskipun saya dan Datuk Seri Najib berbeza dari segi pandangan politik, namun saya tetap yakin bahawa tumpuan harus diberikan kepada perdebatan idea, dasar dan ideologi – bukan serangan peribadi atau fizikal," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus